Al-Imam ʿAbd al-Rahman al-Sulami (w.74H) dan Al-Imam ‘Abdullah Ibn Maʿqil al-Kufi (w.88H) Pergi ke...

Al-Imam ʿAbd al-Rahman al-Sulami (w.74H) dan Al-Imam ‘Abdullah Ibn Maʿqil al-Kufi (w.88H) Pergi ke Kubur Pada Pagi Hari Raya Aidilfitri (Selepas Solat Subuh) Al-Imam ʿAbd al-Rahman al-Sulami (w.74H) Beliau adalah seorang tokoh ulama’ dari kalangan Tabi’in di Kufah, anak Sahabat Rasulullah SAW, muqriʿ (tokoh besar al-Qur’an) dan perawi Hadith. Beliau mengambil bacaan al-Qur’an daripada Saidina Uthman RA, Saidina ‘Ali RA, Saidina Abdullah Ibn Mas’ud RA, Saidina Ubayy Ibn Ka’b RA dan Saidina Zayd Ibn Thabit RA. Beliau mengajar al-Qur’an di Masjid al-A’zam di Kufah selama 40 tahun bermula pada zaman Khilafah Saidina Uthman RA sehingga beliau wafat. Al-Imam ‘Abdullah Ibn Maʿqil al-Kufi (w.88H) Beliau adalah seorang tokoh ulama’ dari kalangan Tabi’in , perawi hadith yang bertaraf thiqah di Kufah dan anak sahabat Rasulullah SAW (al-Dhahabi – Siyar Aʿlam al-Nubalaʿ).



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765_2288679074732930

0 Comment "Al-Imam ʿAbd al-Rahman al-Sulami (w.74H) dan Al-Imam ‘Abdullah Ibn Maʿqil al-Kufi (w.88H) Pergi ke..."

Post a Comment

Thank you for your comments