Ada sahabat yang bertanya tentang format Qiyamul Layl. Saya bukan ahli dan tidak layak untuk...

Ada sahabat yang bertanya tentang format Qiyamul Layl. Saya bukan ahli dan tidak layak untuk menjawab, cuma nak bagi cadangan sikit. Semoga ada manfaatnya. Bangun, siwak/berus gigi, mandi sunat taubat, pakai minyak wangi. Kemudian, mulakan dengan 2 rakaat sunat Taubat yang ringan (dengan hati yang sungguh2 nak bertaubat) Kemudian buat 4 rakaat solat Sunat Tasbih - mungkin ini mode "pulun" (atau 4 rakaat tahajjud). (Dan baca doa Tahajjud yang masyhur) Kemudian buat 2 rakaat hajat (atau 2 rakaat Tahajjud jika buat tasbih) Kemudian 3 rakaat witir (kalau dah buat tak perlu). So total adalah 11 atau 8 Tutup dengan : Tahlil 100 Selawat 100 Istighfar 100 Doa Saya yakin setiap para ulama' ada kaedah masing2 dan ini hanya cadangan umum. Yang penting adalah istiqamah, itulah yang paling berat. Kalau dapat istiqamah bangun sebelum Subuh dan berzikir atau baca Quran sahaja pun sebenarnya sudah cukup baik. ***Maulana Khalid al Naqshabandi ada cadangkan 8 rakaat solat tahajjud dengan dikhatamkan surah Yasin (dibahagikan lapan bahagian) ***Siapa yang ada solat fardu yang wajib Qada', khususnya Qada' alal fawr (segera) atau alat tarakhi, eloklah selesaikan terlebih dahulu. Dan insha Allah semoga dapat pahala Qiyam juga. ***Dan yang paling penting, rasakanlah bahawa Qiyam (dan seluruh ibadah) adalah kurniaan tawfiq dari Allah, bukan kekuatan kita. Jangan ujub atau rasa ego apabila dapat beribadah. Sentiasa nisbahkan segala kekuatan ibadah kepada Allah semata2. والله اعلم وهو المستعان

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765_2286745014926336

0 Comment "Ada sahabat yang bertanya tentang format Qiyamul Layl. Saya bukan ahli dan tidak layak untuk..."

Post a Comment

Thank you for your comments