Penerima Zakat



Dari Channel Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:
Mf...saya ad 2 kemusykilan;
1) adkh ank yatim termasuk dlm kategori penerima zakat atau ank yatim yg miskin shj?
2) adkh zakat utk ank yatim perlu diserahkn kpd penjaga atau blh diserahkn kpd ank yatim itu sendiri.
Sgala jwbn didahului dgn Trima kasih๐ŸŒน

Jawapan kami;

1) Orang miskin merupakan salah satu daripada 8 asnaf yang  berhak menerima zakat sepertimana disebutkan di dalam al-Quran;

ุฅِู†َّู…َุง ุงู„ุตَّุฏَู‚َุงุชُ ู„ِู„ْูُู‚َุฑَุงุกِ ูˆَุงู„ْู…َุณَุงูƒِูŠู†ِ ูˆَุงู„ْุนَุงู…ِู„ِูŠู†َ ุนَู„َูŠْู‡َุง ูˆَุงู„ْู…ُุคَู„َّูَุฉِ ู‚ُู„ُูˆุจُู‡ُู…ْ ูˆَูِูŠ ุงู„ุฑِّู‚َุงุจِ ูˆَุงู„ْุบَุงุฑِู…ِูŠู†َ ูˆَูِูŠ ุณَุจِูŠู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุงุจْู†ِ ุงู„ุณَّุจِูŠู„ِ ۖ ูَุฑِูŠุถَุฉً ู…ِู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ ۗ ูˆَุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„ِูŠู…ٌ ุญَูƒِูŠู…ٌ

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."(Surah al-Taubah ayat 60)

Oleh itu, sekiranya anak yatim tersebut tergolong daripada salah satu daripada 8 asnaf tersebut (termasuklah miskin), maka mereka layak menerima zakat. Tetapi sekiranya mereka tidak tergolong dalam kalangan salah satu daripada 8 asnaf tersebut, maka mereka tidak berhak menerima harta zakat.

2) Sekiranya anak yatim tersebut tergolong dalam kalangan salah satu daripada 8 asnaf tersebut, maka zakat tersebut hendaklah diserahkan kepada wali hartanya.

Wallahu a'lam

Oleh Ustaz ุงู„ูŠุณุน

Usrah Solat Q&A Ibadah MSO-D7
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Penerima Zakat"

Post a Comment

Thank you for your comments