Menjawab Syubhat Akidah Menyeleweng




Dari Nota Channel Aqidah Tauhid (ASWJ) - MSO-D12

Menjawab Syubhat Akidah Menyeleweng


WAHABI BERKATA :

Imam at-Tirmidzi rahimahullah berkata:

وأما إذا قال كما قال الله تعالى يد وسمع وبصر ولا يقول كيف ولا يقول مثل سمع ولا كسمع فهذا لا يكون تشبيها وهو كما قال الله تعالى في كتابه: ليس كمثله شيء وهو السميع البصير.

Adapun jika dia berkata sebagaimana yang dikatakan oleh Allah: Tangan, pendengaran dan penglihatan Allah dan dia tidak mengatakan bagaimananya serta tidak mengatakan bahawa pendengaran Allah seperti pendengaran (makhluk), maka hal ini bukanlah tasybih. Hal ini sebagaimana firman Allah di dalam kitab-Nya: Tidak ada sesuatu jua yang serupa dengan-Nya dan Dia Maha Mendengar dan lagi Maha Melihat. [Sunan at-Tirmidzi, di bawah hadis no. 662]

JAWAPAN :

Wahabi tidak amanah dalam mengungkapkan kalam ini. Walaupun kalam ini diletakkan dalam hadis Jami' Tirmizi tetapi ini bukan kalam Imam Tirmizi. Ini Kalam Ishak Bin Ibrahim seorang yang hidup sezaman dengan Imam Syafie. Imam Tirmizi cuma mengungkapkan kalam beliau. Kalam ini membicarakan tentang hadis dalam bab zakat. Hadis ini walaupun Imam Tirmizi mensahihkannya tetapi sanadnya Daif kerana perawi bernama Abbad bin Mansur dinilai lemah oleh Ulama' hadis. Jika sanad lemah maka tidak layak dijadikan hujah dalam bab Akidah yang memerlukan Khobar mutawatir.

WAHABI BERKATA :


Imam Ibnu ‘Abd. al-Barr rahimahullah (436H) menjelaskan:

أهل السنة مجمعون على الإقرار بالصفات الواردة في الكتاب والسنة وحملها على الحقيقة لا على المجاز إلا أنهم لم يكيفوا شيئا من ذلك . وأما الجهمية والمعتزلة والخوارج فكلهم ينكرها ولا يحمل منها شيئا على الحقيقة ويزعمون أن من أقر بها مشبه وهم عند من أقر بها نافون للمعبود، والحق فيما قاله القائلون بما نطق به كتاب الله و سنة رسوله، وهم أئمة الجماعة والحمد الله.

Ahlus Sunnah telah bersepakat untuk memperakui sifat-sifat yang tertuang dalam al-Kitab dan as-Sunnah dan membawanya kepada makna hakikat, bukan kepada makna majaz (kiasan). Namun, mereka tidak mentakyif (membagaimanakan) sesuatu pun dari sifat-sifat tersebut.

Adapun golongan al-Jahmiyah, al-Muktazilah dan al-Khawarij, semua (golongan ini) mengingkarinya dan tidak membawanya kepada makna hakikatnya. Dan mereka menyangka bahawa siapa sahaja yang mengatakannya (iaitu membawa makna sifat Alah sesuai dengan hakikatnya) bererti telah menyerupakan-Nya dengan makhluk. Padahal, mereka di sisi orang yang menetapkan sifat Allah secara hakiki, sama sahaja menafikkan yang disembah (Allah).

Dan kebenaran pada apa yang dikatakan oleh mereka yang berbicara sebagaimana yang dikatakan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah Rasulullah dan mereka adalah para imam jama’ah (Ahlus Sunnah wal Jama’ah). Dan segala puji bagi Allah. [at-Tamhid Limaa fi al-Muwaththa’ min al-Ma’aniy wa al-Asanid 7/145 dan Mukhtashar al-‘Uluw, no. 328]

JAWAPAN :


Menipu adalah kerja biasa WAHABI. Syeikh Ahmad Faudah menyatakan bahawa ini adalah kalam ketika ibnu Abdil Barr ikut mazhab Zhohiri. Kemudian bile bertukar kepada asyairah dan beliau mengakui kebenaran ta'wil.

Beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Muhammad bin ‘Ashim an Namari. Nama panggilan beliau adalah Abu Umar. Nasab ini adalah yang disepakati dalam majoriti sumber rujukan. Ada riwayat yang menyebutkan beliau adalah Yusuf bin Umar bin Abdul Barr bin Abdillah bin Muhammad bin Abdil Barr an Namari. Ayah beliau adalah seorang ahli fikh di negeri Qurthubah.(Ad-Dibaj al-Mazdhab : 357 )

Ibnu Abdil Barr lahir di Qurthubah pada akhir tahun 368 H. riwayat lain menyebutkan beliau lahir pada tahun 362 H. Thahir bin Mufawwaz, salah seorang sahabat beliau, berkata: saya mendengar Abu Umar berkata: saya lahir pada hari Juma’at, ketika imam khutbah juma’at, tepatnya bulan Rabi’ul Akhir tahun 368 H. (Siyar A’lam an-Nubala : 18/154)

Pujian Ulama terhadapnya :

Al-Humaidi mengatakan, “Abu Umar bin Abdil Barr adalah seorang ahli fekah, al-Hafiz, ulama yang banyak meriwayatkan hadis, mengetahui bermacam-macam bacaan Al-Qur’an dan khilaf ulama, mengetahui ilmu hadis beserta para perawinya dan menguasai ilmu sejarah. Dalam bidang fekah, dia condong ke Mazhab Asy-Syafi’i.” (Jadzwah al-Muqtabas : 344)

Abu Ali Al-Ghassani, pengarang kitab Tartib al-Madarik  mengatakan, “ Di daerah kami tidak ada orang yang menguasai hadis seperti qasim bin Muhammad dan Ahmad bin Khalid Al-Habbab kecuali Ibnu Abdil Barr, dia tidak berada dibawah keduanya dan tidak pula tertinggal olehnya. Dia berasal dari daerah An-namr bin Qasith, mencari ilmu dan terus bersama (mulazamah) dengan seorang ahli fekah, Abu Umar Ahmad bin Abdul Malik dan Abu Al-Walid bin Al-Fardi. Dia terus belajar ilmu hadis dan merasa tertarik dengannya sehingga mencapai hasil yang gemilang dalam bidang hadis dan melebihi orang-orang Andalusia sebelumnya. Di samping menguasai ilmu atsar dan ilmu fekah, dia juga menguasai ilmu nasab dan sejarah. Dia pergi dari daerahnya. Ia berada di kawasan barat Andalusia kemudian pindah ke kawasan timur Andalusia dan bermukim di Daniah, Valencia dan Syatibah, tempat dia meninggal dunia.” (Tartib al-Madarik : 18/128)

Manhaj Talaqqi Ibnu Abdil Barr dalam Persoalan Aqidah berpegang teguh dengan al Qur’an dan sunnah.

Sumber utama bagi ahlussunnah adalah al Qur’an dan sunnah. Ibnu Abdil Barr tidak keluar dari manhaj ini, sebagaimana yang beliau ucapkan, “Petunjuk adalah seluruh petunjuk dalam mengikuti kitab Allah dan sunnah rasulullah yang merupakan penjelas bagi kitabullah …” ( Al-Istidzkar, Ibnu Abdil Barr : 6/129)

“Ahlul Islam sepakat bahawa ilmu pengetahuan bagi agama ini ada tiga bahagian: pertama, pengetahuan tentang iman dan Islam, iaitu tauhid dan ikhlas. Tidak akan sampai seseorang menuju ilmu itu melainkan dengan melalui petunjuk nabi, dialah yang melaksanakan perintah dari Allah dan orang yang menjelaskan kehendak Allah. Demikian pula perintah yang terdapat dalam al Qur’an dengan mengambil pelajaran dari ciptaan Allah …”( Jami’ Bayan al-Ilmi, Ibnu Abdil Barr : 2/39)
Beliau pun berkata: “Tidak ada aqidah dalam sifat dan nama-nama-Nya melainkan apa yang datang dan termaktub dalam kitabullah atau yang jelas sahih dari rasulullah atau ijmak para ulama serta hadis-hadis ahad atau semisalnya, semua diterima tanpa perlu lagi meragukannya.” (Jami’ Bayan al-Ilmi, Ibnu Abdil Barr : 2/96)

Di antara ucapan beliau mengenai isu akidah adalah :

 ولكن قول مجاهد هذا مردود بالسنة الثابتة ، عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وأقاويل الصحابة ، وجمهور السلف ، وهو قول عند أهل السنة مهجور
“ Akan tetapi ucapan Mujahid ini (Allah mendudukkan Nabi Muhammad di atas Arasy bersama-Nya) adalah tertolak dengan sunnah yang sabit dari Nabi sollahu ‘alaihi wa sallam, dan dengan ucapan para sahabat dan majoriti ulama salaf. Ucapan Mujahid itu bagi Ahlus sunnah ditinggalkan “.(At-Tamhid, Ibnu Abdil Barr : 7/157)

Beliau menolak juga menafikan kaifiyyah pada sifat Allah :

Imam Ibnu Abdil Barr mengatakan :

“ ..Kerana ini adalah kaifiyyah sedangkan mereka (ulama salaf) sangat takut dari (mengucapkan)-nya. Kerana kaifiyyah itu tidak layak kecuali untuk sesuatu yang memiliki batasan secara nyata, sedangkan Allah Maha Agung dan Suci dari hal itu “.(At-Tamhid : 7/144)

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa para ulama tidak berani mengatakan kaif bagi Allah kerana kaif hanya ada pada sesuatu yang memiliki batasan  iaitu makhluk sedangkan Allah tidak memiliki batasan dan Allah bukanlah makhluk. Ini sangat bercanggah dengan keyakinan kaum wahabi yang meyakini adanya kaifiyyah bagi Allah meskipun kaifiyyahnya majhulah kata mereka.

Beliau menafikan tajsim (keyakinan jisim) dan tasybih (penyerupaan) terhadap sifat Allah Ta’ala :

قال الله تعالى وجاء ربك والملك صفا صفا وليس مجيئه حركة ولا زوالا ولا انتقالا لأن ذلك إنما يكون إذا كان الجائي جسما أو جوهرا فلما ثبت أنه ليس بجسم ولا جوهر لم يجب أن يكون مجيئه حركة ولا.

“ Allah Ta’ala berfirman, “ Dan datang Tuhanmu dan malaikat dengan berbaris-baris “, datangnya Allah bukanlah dengan gerakan, perubahan dan perpindahan, kerana itu semua adalah jika yang datang bersifat jisim atau materi. Maka ketika tetap Allah itu bukan jisim dan bukan materi, tidaklah wajib datangnya Allah dengan gerakan dan perpindahan “.(At-Tamhid, Ibnu Abdil Bar : 7/137)

Beliau menolak sifat Turun Allah dengan Zat-Nya :

 وقد روي من حديث أبي ذر أنه قال يا رسول الله أي الليل أسمع قال جوفالليل الغابر

وقد قالت فرقة منتسبة إلى السنة إنه ينزل بذاته ! وهذا قول مهجور لأنه تعالى ذكره ليس بمحل للحركات ولا فيه شيء من علامات المخلوقات

“Sungguh telah diriwayatkan hadis dari Abi Zar bahawasanya ia berkata, “ Wahai Rasulullah, di malam yang mana yang lebih didengar ?, beliau menjawab : “ Tengah malam yang tinggal “. Sungguh telah berkata satu kelompok yang menisbahkan diri kepada sunnah bahawa Allah turun dengan Zat-Nya, maka ini adalah ucapan yang terlarang, kerana Allah Ta’ala menyebutkannya bukan di tempat gerakan dan tidak juga bukan dari tanda makhluk-Nya “.(Al-Istidzkar, Ibnu Abdil Bar : 2/530)
Beliau melarang membicarakan sifat Allah dengan isyarat tubuh :

 روى حرملة بن يحيى قال سمعت عبدالله بن وهب يقول سمعت مالك بن أنس يقول من وصف شيئا من ذات الله مثل قوله وقالت اليهود يد الله مغلولة وأشار بيده إلى عنقه ومثل قوله وهو السميع البصير فأشار إلى عينيه أو أذنه أو شيئا من بدنه قطع ذلك منه لأنه شبه الله بنفسه ثم قال مالك أما سمعت قول البراء حين حدث أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لا يضحى بأربع من الضحايا وأشر البراء بيده كما أشار النبي صلى الله عليه وسلم بيده قال البراء ويدي أقصر من يد رسول الله صلى الله عليه وسلم فكره البراء أن يصف رسول الله صلى الله عليه وسلم إجلالا له وهو مخلوق فكيف الخالق الذي ليس كمثله شيء

Harmalah meriwayatkan dari Yahya, ia berkata, aku mendengar Abdullah bin Wahab berkata, aku mendengar Malik bin Anas berkata, “ Barangsiapa yang mensifati sedikit dari zat Allah seperti firman-Nya “ Yahudi berkata, tangan Allah terbelenggu “ lalu mengisyaratkan dengan tangannya ke lehernya, dan semisal ayat “ Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat “, lalu ia mengisyaratkan kedua tangan dan telinganya atau salah satu anggota tubuh badannya, maka anggota tubuhnya itu wajib dipotong, kerana dia telah menyerupakan Allah dengan dirinya “, kemudian imam Malik berkata “ Apakah kalian tidak pernah mendengar ucapan Al-Barra ketika menceritakan hadis bahawa Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “ Tidaklah berkorban dengan empat kambing “, lalu al-Barra mengisyaratkan dengan tangannya, sebagaimana Nabi mengisyaratkan dengan tangannya. Lalu al-Barra berkata “ Dan tanganku ini lebih pendek dari tangan Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam “, al-Barra’ tidak suka mensifati Nabi kerana mengagungkan Nabi, padahal Nabi adalah seorang makhluk, lalu bagaimana dengan Allah sang Maha Pencipta yang tidak ada sesuatu pun menyerupai-Nya “.(At-Tamhid, Ibnu Abdil Barr : 7/ 146)

Semua keyakinan dan pemahaman beliau ini menunjukkan bahawa beliau bermanhaj sebagaimana manhaj majoriti ulama salaf mahupun kholaf, sangat, berbeza jauh dengan manhaj wahabi atau salafi. Namun ada satu masalah di mana beliau menentang keras penerapan Majaz dalam al-Quran, baginya dalam al-Quran hanya ada Haqiqat bukan majaz, sehingga beliau melarang keras ta'wil dalam bentuk apapun.

Namun di lain tempat beliau mentakwil dan membenarkan adanya majaz, sebagaimana nas beliau berikut ini :

وأما قوله: يضحك الله: فمعناه يرحم عبده عند ذاك، ويتلقاها بالروح والراحة والرحمة والرأفة، وهذا مجاز مفهوم

“Adapun ucapannya, “ Allah tertawa “, maka maknanya adalah Allah merahmati hamba-Nya ketika itu dan menerimanya dengan ketenangan, kedamaian, rahmat dan kasih saying, ini adalah majaz mafhum “ (At-Tamhid, Ibnu Abdil Barr : 18/345)

Ini bertentangan dengan prinsip beliau sendiri yang melarang ta'wil dan majaz dalam al-Quran.

Pandangan beliau tentang taqlid :

وهذا كله لغير العامة فإن العامة لا بد لها من تقليد علمائها عند النازلة تنزل بها لأنها لا تتبين موقع الحجة ولا تصل بعدم الفهم إلى علم ذلك لأن العلم درجات لا سبيل منها إلى أعلاها إلا بنيل أسفلها وهذا هو الحائل بين العامة وبين طلب الحجة.ولم يختلف العلماء أن العامة عليها تقليد علمائها وإنهم المرادون بقول الله عز وجل : فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

“Semua ini selain orang awam, kerana bagi orang awam itu wajib taqlid kepada ulamanya ketika da suatu masalah, kerana baginya tidak menjadi jelas cara berhujjah dan tidak paham dengan ilmu itu, kerana ilmu itu memiliki tingkatannya, yang tidak ada jalan ke tingkat atasnya kecuali dengan menggapai tingkat bawahnya. Inilah pembeza antara awam dan di antara menuntut hujah. Para ulama pun tidak berbeza pendapat bahawa kaum awam wajib taqlid kepada para ulamanya, merekalah yang dimaksud dengan ayat Allah “ Dan bertanyalah kepada ahli zikir (ulama) jika kalian tidak memahaminya “ ( Jami’ Bayan al-Ilmi : 2/144)

Bahkan beliau membolehkan para ulama taqlid kepada ulama lainnya jika hal itu mendesak dan tidak sempat mencari dalilnya :

فإن اضطر أحد إلى استعمال شيء من ذلك في خاصة نفسه جاز له ما يجوز للعامة من التقليد واستعمل عند إفراط التشابه والتشاكل وقيام الأدلة على كل قول بما يعضده

“Dan jika mendesak seseorang untuk menggunakan sedikit dari hal itu (taqlid) dalam peribadinya saja, maka boleh baginya apa yang boleh bagi kaum awam iaitu taqlid, dan menggunakannya ketika berlebihannya persamaan dan kesulitan dan tegaknya dalil-dalil bagi setiap ucapan yang menguatkannya “

Manhaj beliau ini sesuai dengan manhaj Ahlus sunnah wal jama’ah (Aswaja) yang bermazhab dengan salah satu 4 mazhab.

اليسع

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) : MSO-D12
https://telegram.me/aqidah_Islam

0 Comment "Menjawab Syubhat Akidah Menyeleweng"

Post a Comment

Thank you for your comments