Hukum Wanita Hamil dan Menyusui Bayi Meninggalkan Puasa Ramadhan




Dari Channel Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Mohon pencerahan isu wanita mengandung jika berbuka wajib qada puasa dan wajib byr fidyah atau salah 1 shj sudah mencukupi?

Jawapan kami;

1. Sekiranya perempuan yang hamil dan yang menyusui bayi meninggalkan puasa Ramadhan kerana khuatirkan kemudaratan ke atas kandungan atau bayi sahaja, maka mereka diwajibkan untuk qadha dan membayar fidyah dengan kadar sehari secupak makanan asasi.

2. Sekiranya mereka meninggalkan puasa Ramadhan kerana khuatir berlakunya kemudharatan terhadap diri mereka sendiri sahaja atau ke atas diri sendiri dan bayi, maka mereka hanya diwajibkan untuk mengqadhakan puasa tersebut (tanpa bayar fidyah) (Hasyiah al-Baijuri).

Disebutkan oleh Ibn Raslan;

والمد والقضا لذات الحمل 
أو مرضع إن خافتا للطفل

 وخوف مرضع وذات حمل
منه على نفسها ضرا بدا
ويوجب القضاء دون الافتدا

"(Diwajibkan) Fidyah secupak dan qadha bagi perempuan yang hamil atau yang menyusui bayi sekiranya mereka khuatir mudharat kepada bayi.

"Dan sekiranya perempuan yang menyusukan bayi dan yang hamil khuatir akan berlaku mudharat terhadap diri mereka, iaitu diwajibkan qadha sahaja tanpa membayar fidyah."

Wallahu a'lam.

Oleh Ustaz اليسع

Usrah Solat Q&A Ibadah MSO-D7
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Hukum Wanita Hamil dan Menyusui Bayi Meninggalkan Puasa Ramadhan"

Post a Comment

Thank you for your comments