Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group - ARG

[ Pelurusan Buat Ustaz Shamsuri: Mengaminkan Doa Ketika Khutbah & Mengangkat Tangan Mengaminkan Doa Ketika Khutbah]

1.Telah sampai kepada ARG video kuliah Ustaz Shamsuri yang mengatakan bahawa tidak boleh mengaminkan doa khatib dan juga tidak disuruh mengangkat tangan ketika berdoa, pembaca boleh melihat bermula pada minit ke 36:28 dan video beliau ini mendapat liputan yang agak meluas dan ARG mendapat banyak persoalan tentang hal ini.

https://www.youtube.com/watch?v=UQTwTjBQG2o

2. Apakah pendapat para ulama dalam hal ini? Adakah boleh makmum (mustami’in) mengamini doa khathib ketika dalam khutbah Jum’at? Boleh, bahkan sunnah, mengamini doa khatib dalam khutbah Jum’at. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (I/116) disebutkan:

يُسَنُّ التَّأْمِينُ عَلَى دُعَاءِ الْخَطِيبِ عِنْدَ الْمَالِكِيَّةِ وَالشَّافِعِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ ، إِلاَّ أَنَّهُ يَكُونُ عِنْدَ الْمَالِكِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ سِرًّا ، وَبِلاَ رَفْعِ صَوْتٍ عِنْدَ الشَّافِعِيَّةِ . وَلاَ تَأْمِينَ بِاللِّسَانِ جَهْرًا عِنْدَ الْحَنَفِيَّةِ بَل يُؤَمِّنُ فِي نَفْسِهِ

“Sunnah mengamini doa khathib menurut ulama Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah. Hanya sahaja, menurut Malikiyyah dan Hanabilah sunatnya bacaan amin tersebut perlahan (tidak keras) dan tanpa mengeraskan suara menurut Syafi’iyyah. Sedangkan menurut Hanafiyyah, tidak sunat membaca amin dengan lisan dengan suara keras, tetapi cukup mengamini dalam hati”.

3. Imam Muhammad bin Yusuf al-Abdari al-Maliki dalam at-Taj wa al-Iklil (II/261) menukil ucapan:

لَا خِلَافَ فِي التَّأْمِينِ عِنْدَ دُعَاءِ الْخَطِيبِ ، لِأَنَّهُ كَانَ يَسْتَدْعِي التَّأْمِينَ مِنْهُمْ ، وَإِنَّمَا الْخِلَافُ فِي السِّرِّ بِهِ وَالْجَهْرِ

“Tidak ada khilaf dalam perkara mengamini doa khathib, kerana khathib mengajak mengamini dari jama’ah yang hadir. Khilaf hanya pada; apakah dibaca perlahan atau keras?”.

4. Imam Ibn Hajar al-Haitami sebagaimana nukilan muridnya, Imam Zainuddin al-Malibari penulis kitab Fath al-Mu’in (Hasyiyah I’anah ath-Thalibin, II/101) berkata:

قال شيخنا ولا يبعد ندب الترضي عن الصحابة بلا رفع صوت وكذا التأمين لدعاء الخطيب

“Guru kami (Ibn Hajar) berkata: “Bukan perkara jauh tentang sunnahnya membaca taradhdhi atas shahabat Nabi dengan tanpa mengeraskan suara. Begitu juga mengamini doa khathib”.

5. Imam Manshur al-Buhuti al-Hanbali dalam kitab Kasysyaful Qina (IV/185) berkata:

( وَيُبَاحُ ) الْكَلَامُ ( إذَا شَرَعَ ) الْخَطِيبُ ( فِي الدُّعَاءِ ) لِأَنَّهُ يَكُونُ قَدْ فَرَغَ مِنْ أَرْكَانِ الْخُطْبَةِ ، وَالدُّعَاءُ لَا يَجِبُ الْإِنْصَاتُ لَه ..... ( وَيَجُوزُ تَأْمِينُهُ ) أَيْ مُسْتَمِعِ الْخُطْبَةِ عَلَى الدُّعَاء

“Boleh berbicara ketika khatib mulai berdoa, kerana ia telah selesai dari rukun-rukun khutbah serta doa tidak wajib didengarkan dengan saksama. Boleh mengamini doa khatib bagi yang mendengar khutbah”.

6. Ustaz Shamsuri juga mendakwa bahawa makmum tidak disuruh mengangkat tangan ketika khutbah. Apa pendapat ulama dalam hal ini? Ulama berbeza pendapat tentang apakah berdoa diluar solat juga sunat mengangkat tangan selain dalam istisqa’. Dan permasalahan mengangkat tangan bagi makmum ketika mendengar doa khatib jum’at juga termasuk khilafiyyah tersebut. Ada ulama yang menganjurkan mengangkat tangan dan ada pula yang tidak menganjurkannya. Dan penjelasan ini boleh dilihat dalam kitab-kitab syarah hadits.

7. Imam Ramli dalam kitab Nihayah al-Muhtaj (VII/481) menyebutkan tentang sunatnya makmum mengamini doa khathib dalam khutbah istisqa’ serta dianjurkan mengangkat tangan.

وَيُؤَمِّنُونَ عَلَى دُعَائِهِ حَالَةَ جَهْرِهِ بِهِ قَالَ تَعَالَى { اُدْعُوَا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً } وَيَرْفَعُونَ أَيْدِيَهُمْ فِي الدُّعَاءِ

“Para ma’mum mengamini doa ketika khathib mengeraskan doa-nya. Allah berfirman yang artinya: “Berdoalah kepada Rabb kalian dengan merendah dan dengan suara lirih”. Mereka juga mengangkat tangannya dalam doa”.

8. Imam Nawawi al-Bantani dalam Nihayah az-Zain (mukasurat 113) berkata:
ويرفع الحاضرون أيديهم عند دعائه

“Dan hadirin mengangkat tangan ketika khathib berdoa”.

Dengan nukilan di atas, dapat disimpulkan, bahwa mengangkat tangan bagi para hadirin tidak didasarkan atas khatib yang juga mengangkat tangan sebagimana dakwaan Wahabi, tetapi memang ia termasuk keumuman dalil sunatnya mengangkat tangan dalam doa.

9. Imam Ibn Hajar al-Asqallani dalam Fath al-Bari (II/507) berkata:

ورفع الناس أيديهم مع رسول الله صلى الله عليه و سلم يدعون وقد استدل به المصنف في الدعوات على رفع اليدين في كل دعاء

“Para sahabat mengangkat tangan mereka bersama Rasulullah seraya berdoa. Dan mushannif (al-Bukhari) berdalil dengan ini dalam kitab doa, bahawa mengangkat tangan adalah sunnah dalam setiap doa”.

10. Syaikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwadzi (II/173) berkata:

قالوا هذا الرفع هكذا وإن كان في دعاء الاستسقاء لكنه ليس مختصا به ولذلك استدل البخاري في كتاب الدعوات بهذا الحديث على جواز رفع اليدين في مطلق الدعاء

“Ulama berkata, “Mengangkat tangan ini, begitu juga para hadirin, walaupun dalam doa istisqa’, tetapi itu tidak khas pada istisqa’ sahaja. Oleh kerana itu al-Bukhari membuat dalil hadits ini dalam kitab do’a bahawa boleh mengangkat kedua tangan dalam doa secara mutlak”.

11. Jika mengangkat tangan dalam mengamini doa khathib jum’at termasuk terlarang sebagaimana dakwaan Wahabi, mengapa dalam banyak sekali kitab dijelaskan bahawa yang makruh mengangkat tangan adalah bagi khathib jum’at sahaja? Misalnya perkataan al-Qalyubi (II/328):

وَيُكْرَهُ لِلْخَطِيبِ رَفْعُ الْيَدَيْنِ مُطْلَقًا

“Makruh mengangkat kedua tangan secara mutlak bagi khathib”

Mengapa khithab makruh tersebut hanya di tujukan kepada khathib sahaja? Ini menunjukkan bahwa keumuman dalil mengangkat tangan dalam doa berlaku juga bagi makmum.

12. Dengan penjelasan ARG yang ringkas ini diharapkan dapat mencerahkan persoalan pada para pembaca

Disediakan Oleh:

Unit Penyelidikan
Ahlussunah Wal Jamaah Research Group (ARG)
https://ift.tt/33x7UeT


Penyelidikan, Penerbitan, Majlis Ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765/posts/3011972789070218/

0 Comment "Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group - ARG"

Post a Comment

Thank you for your comments