Photos from Penuntut Ilmu's post

Penshariatan Menziarahi Rasulullah ﷺ di dalam al-Qurʾan

***

Al-Shaykh Muhammad Farid Wajdi (1878M-1954M), salah seorang tokoh penulis di Mesir yang mempunyai karangan-karangan berharga serta pernah menjadi editor bagi Majallah al-Azhar untuk beberapa belas tahun menyebut di dalam kitabnya “al-Islam fi ʿAsr al-Ilm”, p.587:

Dan [anjuran/ galakan] ini tidak terputus dengan kewafatan Baginda ﷺ, walaupun ayat ini datang pada kaum tertentu ketika Baginda ﷺ masih hidup.

Akan tetapi, ia menjadi umum dengan umumnya ʿillah bagi sesiapa yang ada padanya sifat tersebut pada waktu Baginda ﷺ masih hidup atau telah wafat.

Dan oleh kerana itu, maka para ulama’ memahami keumuman daripada ayat ini bagi mereka yang datang [kepada Baginda ﷺ sama ada sewaktu Baginda ﷺ masih hidup atau telah wafat].

Dan [oleh kerana itu juga, maka] para pengarang [kitab] daripada ulama’ empat mazhab menyebutnya [tentang ayat ini] di dalam [bab] Manasik Haji."









(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765/posts/2855894854678013/

0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"

Post a Comment

Thank you for your comments