“Haram Belajar Ilmu Usuluddin daripada Orang Yang Tidak Mahir Ilmunya” **** Al-‘Allamah al-Sheikh Zayn al-Abidin Ibn Muhammad ...

“Haram Belajar Ilmu Usuluddin daripada Orang Yang Tidak Mahir Ilmunya”

****

Al-‘Allamah al-Sheikh Zayn al-Abidin Ibn Muhammad al-Fatani:

“Haram belajar ilmu usuluddin daripada orang yang tiada mahir ilmunya; dan tiada mengambil daripada gurunya.” Maka adalah pada zaman sekarang ini, beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan hamba Allah [tersebut].

(Dan setengah) daripada mereka itu berpegang dengan ayat al-Quran yang mutashabihat atau al-Sunnah yang mutashabihat, pada hal tiada dilentangkan (dibentangkan) dengan qawati’ aqliyyah dan naqliyyah yang muhkamat, tetapi mengambil mereka itu dengan zawahir (makna zahir) ayat yang mutashabihat, maka jadi jatuh mereka itu pada laut kufur.

Maka sesat mereka itu dan menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. (Aku berlindung dengan Allah daripada hal tersebut). Maka adalah mereka itu seperti Dajjal atau terlebih jahat lagi daripada Dajjal.”



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765/posts/2829546393979526/

0 Comment "“Haram Belajar Ilmu Usuluddin daripada Orang Yang Tidak Mahir Ilmunya” **** Al-‘Allamah al-Sheikh Zayn al-Abidin Ibn Muhammad ..."

Post a Comment

Thank you for your comments