Imam al-Mu’arrikh Muhammad bin Ishaq al-Makki al-Fakihi (w.272H): Penduduk Mekah Bersungguh-sungguh Beribadah pada Malam Nisfu S...

Imam al-Mu’arrikh Muhammad bin Ishaq al-Makki al-Fakihi (w.272H): Penduduk Mekah Bersungguh-sungguh Beribadah pada Malam Nisfu Sha’ban

“Menyatakan Amalan Penduduk Mekah pada Malam Nisfu Sha’ban dan Kesungguhan Mereka [Beribadah] Padanya Kerana Kemuliaannya:

Dan penduduk Mekah pada waktu dahulu sehingga ke hari ini – apabila tibanya malam Nisfu Shaʿban, orang ramai dari kalangan lelaki dan wanita akan keluar ke Masjid (al-Haram), lalu mereka bersolat dan melakukan tawaf.

Mereka menghidupkan malam ini sehingga ke Subuh dengan membaca al-Qur’an di Masjidil Haram sehingga mereka mengkhatamkan al-Qur’an keseluruhannya.

Dan mereka bersolat; ada di kalangan mereka yang bersolat pada malam ini dengan 100 rakaat; mereka membaca pada setiap rakaat al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

Mereka juga mengambil air zamzam pada malam tersebut dan meminumnya dan mandi dengannya serta menyimpannya untuk orang-orang yang sakit di kalangan mereka.

Mereka mencari keberkatan dengan berkat malam ini, dan telah diriwayatkan berkenaannya (malam Nisfu Sha’ban) hadith-hadith yang banyak.”

T: (al-Fakihi (272H), - Akhbar Makkah fi Qadim al-Dahr wa Hadithih), Jilid 3/6, p. 64. Penuntut Ilmu



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765/posts/2806458829621616/

0 Comment "Imam al-Mu’arrikh Muhammad bin Ishaq al-Makki al-Fakihi (w.272H): Penduduk Mekah Bersungguh-sungguh Beribadah pada Malam Nisfu S..."

Post a Comment

Thank you for your comments