Kalimah “Tauhid/ Tahlil” dan Iman - Penyelamat dari Kekal dalam Api Neraka *Hadith ini juga sebenarnya satu penolakan terhadap ...

Kalimah “Tauhid/ Tahlil” dan Iman - Penyelamat dari Kekal dalam Api Neraka

*Hadith ini juga sebenarnya satu penolakan terhadap golongan yang mudah mengkafirkan umat Islam.

Allah menerima iman walaupun seberat zarah (habuk yang sangat halus) - tetapi mereka dengan mudah menafikan keimanan seseorang yang lain.

Adakah mereka tahu bahawa umat Islam yang dikafirkan oleh mereka itu tidak ada di dalam hati mereka iman walaupun seberat zarah?!!!

Yang lebih parah lagi adalah golongan yang memasukkan umat Islam yang lain ke dalam neraka dan kesesatan kerana memperbanyakkan zikir Tahlil.

Kalimah Tahlil adalah sebab untuk masuk ke syurga, dan keluar dari api neraka; bukan sebab untuk dimasukkan ke dalamnya.

Hanya Allah tempat mengadu.
----
Nota: Zarah (ذرة) / Dharrah adalah habuk yang paling halus. Ada juga sebahagian kitab menyebut ia adalah semut hitam yang paling kecil. Wallahu a'lam



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765/posts/2718567481744085/

0 Comment "Kalimah “Tauhid/ Tahlil” dan Iman - Penyelamat dari Kekal dalam Api Neraka *Hadith ini juga sebenarnya satu penolakan terhadap ..."

Post a Comment

Thank you for your comments