Q&A Pertanyaan: masih sama ke fadhilatnya jika kita khatam dirumah dan pahalanya kita sedekah pada si mati? Jawapan: Kalau khatam di kub...
Read More
Home
Archive for May 2020
Mazhab Empat Fiqh Sunni adalah Mazhab Yang Disaring dan Ditapis oleh Para Ulama’ Yang Hebat Zaman Berzaman Salah seorang ulama’ pentahqiq mazhab Shafie, Imam Ibnu Hajar Al-Haytami Al-Makki Al-Shafi’i Al-Ash’ari (w.973H) menyebut tentang kelebihan Empat Mazhab Fiqh Sunni di dalam kitabnya Kaff al-Ra’a’ ‘an Muharramat al-Lahw wa al-Sama’ (كف الرعاع عن محرمات اللهو والسماع) (p.144): المذاهب الأربعة حُررت ودُونت وتعاقبتها الآراء، ومحضتها كوامل العقول حتى نقحتها وحررتها، ولم يُقل منها مسألة إلا وعُلم مغزاها ودليلها ومعناها، فوثقت بها النفوس واطمأنت إليها القلوب بخلاف بقية المذاهب الخارجة عنها “Mazhab yang empat ini telah disaring, serta dikarang kitab-kitab berkenaannya, dan telah bersilih ganti pandangan-pandangan ulama’-ulama’nya. Ia telah diberi minum dengan begitu bersih (dibangunkan dengan teliti dan terperinci) oleh akal-akal ulama’ yang sempurna sehingga ia ditapis/dibersihkan dan disaring [berkali-kali]. Dan tidak ada satu masalah pun yang disebut di dalam mazhab yang empat ini melainkan diketahui maksudnya, dalilnya, dan maknanya. Maka hati-hati umat Islam benar-benar teguh mempercayainya, serta merasa tenang terhadapnya, dan ini berbeza dengan mazhab-mazhab selain daripada mazhab yang empat ini [Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali].” “Penuntut Ilmu”
Mazhab Empat Fiqh Sunni adalah Mazhab Yang Disaring dan Ditapis oleh Para Ulama’ Yang Hebat Zaman Berzaman Salah seorang ulama’ pentahqiq ma...
Read More
Amalan membaca al-Qur’an di sisi kubur orang Muslim sebenarnya telah menjadi amalan umat Islam sejak zaman berzaman sebelum muncul dakwaan golongan ekstrim yang menggunakan istilah takfir “Quburiyyun” atau “Penyembah Kubur” atau “bid’ah dan sesat” terhadap amalan ini. Sebagai contoh: Bacaan Al-Qur’an Dikhatamkan Beberapa Kali Di Sisi Kubur Imam Al-Hafiz Al-Khatib Al-Baghdadi (w.463H) “Dan Ibnu Khayrun telah berkata: Beliau [Imam Al-Khatib Al-Baghdadi] telah wafat pada tengahari Isnin dan dikebumikan di pintu Harb. [Sebelum itu], beliau telah bersedekah dengan hartanya sebanyak 200 dinar dan berwasiat agar seluruh pakaiannya disedekahkan, serta diwakafkan seluruh kitabnya. ..... Dan telah dikhatamkan Al-Qur’an ke atas kuburnya dengan beberapa kali khatam.” R: (al-Dhahabi (748H), 1992 - Siyar A'lam al-Nubala'), Jilid 13/18, p. 427.
Amalan membaca al-Qur’an di sisi kubur orang Muslim sebenarnya telah menjadi amalan umat Islam sejak zaman berzaman sebelum muncul dakwaan g...
Read More
Anjuran Puasa Sunat Enam Hari Dari Bulan Shawwal *Imam Al-Nawawi berkata di dalam Sharh Sahih Muslim: "Dalil bagi Imam Shafie dan para ulama' yang bersepakat dengan beliau [tentang sunat berpuasa 6 hari dari bulan Shawwal] adalah hadith yang sahih dan sarih (jelas) ini. Dan apabila telah thabit sesuatu Sunnah, maka ia tidak ditinggalkan walaupun sebahagian masyarakat atau kebanyakannya atau kesemuanya meninggalkannya." [Ini adalah kerana sebahagian ulama' yang berpandangan makruh puasa enam Shawwal menyatakan ia tidak dilakukan oleh kebanyakan atau hampir kesemua ahli ilmu yang mereka temui, dan sebahagian mereka menyatakan bahawa ditakuti ia akan disangka wajib]. Mazhab Shafie, Hanbali dan Zahiri menyatakan puasa enam Shawwal sememangnya disunatkan dengan hadith yang sahih ini. Semoga diberi tawfiq untuk beramal. Wallahu a'lam.
Anjuran Puasa Sunat Enam Hari Dari Bulan Shawwal *Imam Al-Nawawi berkata di dalam Sharh Sahih Muslim: "Dalil bagi Imam Shafie dan para ...
Read More
Doa Pagi dan Petang Yang Diajarkan oleh Rasulullah ﷺ Kepada Saidina Abu Bakr RA
Doa Pagi dan Petang Yang Diajarkan oleh Rasulullah ﷺ Kepada Saidina Abu Bakr RA (Feed generated with FetchRSS ) source https://www.fac...
Read More
كنز الراغبين شرح منهاج الطالبين - الشيخ سيد شلتوت - YouTube
※ Kelas-kelas pengajian bersama Sheikh Sayed Shaltout di Ruwaq Jawi, Kaherah, Mesir: Semoga bermanfaat... ●Usul Fiqh _____________ (1) كتاب ...
Read More
Photos from Penuntut Ilmu's post
Hari Jumaat adalah Hari Raya Bagi Para Muslimin Riwayat Abu Hurayrah RA dan 'Abdullah ibn 'Abbas RA Shawahid yang lain: Abu Sa'i...
Read More
Photos from Penuntut Ilmu's post
Arba'in Nawawiyyah Hadith 11/42: [Meninggalkan Perkara Yang Meragukan] Hadith 12/42: [Meninggalkan Perkara Yang Sia-sia/ Tidak Mempunyai...
Read More
5.1: Kaya Jiwa Dan Fakir/Miskin Jiwa Berdasarkan kenyataan di atas, manusia itu boleh digolongkan di dalam salah satu kumpulan berikut: 1. Kaya jiwa dan kaya harta 2. Kaya jiwa dan miskin harta 3. Fakir/Miskin jiwa dan kaya harta 4. Fakir/Miskin jiwa dan miskin harta (والله أعلم)
5.1: Kaya Jiwa Dan Fakir/Miskin Jiwa Berdasarkan kenyataan di atas, manusia itu boleh digolongkan di dalam salah satu kumpulan berikut: 1. K...
Read More
HADITH 5: KEKAYAAN SEBENAR ADALAH KEKAYAAN JIWA Di antara sifat-sifat hati yang merujuk kepada “Kekayaan Jiwa” ialah: Zuhud, Qana’ah, Syukur, Sabar, Wara’ dan Amanah. (والله أعلم)
HADITH 5: KEKAYAAN SEBENAR ADALAH KEKAYAAN JIWA Di antara sifat-sifat hati yang merujuk kepada “Kekayaan Jiwa” ialah: Zuhud, Qana’ah, Syukur...
Read More
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 3/2012 yang bersidang pada 25 Mei 2012 telah membincangkan mengenai isu Pembid'ahan Dan Penghinaan Amalan-Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mesyuarat bersetuju untuk melarang pembid'ahan dan penghinaan terhadap amalan-amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai panduan atau irsyad hukum. Antara larangan tersebut adalah berkaitan amalan-amalan seperti berikut :- i. Membaca Talqin. ii. Membaca Al-Quran di atas kubur. iii. Tahlil. iv. Kenduri Arwah. v. Amalan menghadiahkan pahala ibadah kepada si mati seperti bacaan Al-Quran. vi. Qunut Subuh. vii. Bacaan doa dan diaminkan oleh para jemaah secara beramai-ramai sama ada selepas solat atau di Iain-Iain waktu dan upacara. viii. Tawassul. ix. Berzikir secara beramai-ramai. x. Membaca surah Yasin malam Jumaat atau pada mana-mana majlis upacara sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, Maulidar-Rasul, Isra' Mikraj dan Nisfu Syaaban. xi. Sembahyang tarawih 20 rakaat. xii. Sembahyang hajat secara berjamaah. xiii. Menyapu muka selepas memberi salam. xiv. Dua kali azan pada hari Jumaat. xv. Melafazkan niat dalam ibadah. 2. Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan adalah dilarang:- i. Membid’ah atau; ii. Menghina atau; iii. Memperlekeh sama ada dengan perkataan, perbuatan, penulisan atau apa-apa tindakan yang membawa maksud yang seumpama dengannya atau; iv. Mengajar, menyiar, menyebar, menghebah dan mendedahkan dengan apa-apa cara sekalipun. Sumber: https://ift.tt/2X8oCLP
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 3/2012 yang bersidang pada 25 Mei 2012 telah membincangkan mengenai isu Pembid'aha...
Read More
Mazhab Shafie: Imam Zayn al-Din al-Malibari Di antara hikmah membaca Al-Qur’an di sisi kubur si mati sebelum berdoa ialah agar doa yang dilakukan bagi si mati lebih diharapkan untuk dikabulkan serta si mati mendapat keberkatan bacaan Al-Qur’an tersebut . Imam Zayn al-Din al-Malibari menyebut di dalam Fath al-Mu’in (p.433): “Dan sesungguhnya [Imam] Shafie dan para ashab (mujtahid mazhab Shafie) telah mengatakan bahawa disunatkan membaca sebahagian yang sesuai [daripada Al-Qur’an] di sisi [kubur] si mati dan berdoa [buat si mati] selepasnya, kerana doa pada waktu itu lebih diharapkan untuk diterima, dan kerana si mati akan mendapat keberkatan bacaan Al-Qur’an seperti orang hidup yang hadir, ...... Pahala bacaan Al-Qur’an dan keberkatan bacaan Al-Qur’an adalah dua perkara yang berbeza. Pahala bacaan sampai kepada si mati dengan doa; dan keberkatan bacaan Al-Qur’an diperolehi dengan bacaan di sisinya (tempat bacaan tersebut). [Rujuk Hashiyat I’anat al-Talibin].
Mazhab Shafie: Imam Zayn al-Din al-Malibari Di antara hikmah membaca Al-Qur’an di sisi kubur si mati sebelum berdoa ialah agar doa yang dila...
Read More
Mazhab Shafie: Al-Imam Al-Muhaddith Zayn al-Din Al-Munawi “Dan [Imam] Al-Nawawi berkata: [Imam] Al-Shafie dan para ashab (mujtahid mazhab Shafie) berkata: Disunatkan selepas pengebumian si mati untuk dibacakan di sisi kuburnya sebahagian daripada Al-Qur’an, dan sekiranya mereka mengkhatamkan Al-Qur’an keseluruhannya maka ia adalah lebih baik. Dan beliau berkata: Dan disunatkan untuk dibacakan ke atas (di sisi) kubur si mati selepas pengebumiannya bahagian awal surah Al-Baqarah dan penutupnya.” Tambahan pengulas: Amalan Tahlil Arwah yang mengandungi bahagian awal surah Al-Baqarah dan penutupnya adalah selari dengan anjuran ini. Bagaimanakah sebahagian golongan ekstrim mendakwa amalan Tahlil Arwah berasal dari agama Hindu??!!
Mazhab Shafie: Al-Imam Al-Muhaddith Zayn al-Din Al-Munawi “Dan [Imam] Al-Nawawi berkata: [Imam] Al-Shafie dan para ashab (mujtahid mazhab Sh...
Read More
Hajjah Durriyah Al-‘Aytah menyebut di dalam kitabnya Fiqh al-‘Ibadat ‘ala al-Madhhab al-Shafi’i (Fiqh Ibadat Berdasarkan Mazhab Shafie): “Disunatkan agar sekumpulan jamaah [yang hadir] kekal berada selepas pengebumian si mati untuk: (i) Berdoa buat si mati; (ii) Beristighfar untuknya; dan (iii) Membaca sebahagian daripada Al-Qur’an di sisi kuburnya, dan sekiranya [Al-Qur’an] dikhatamkan, ia lebih afdal; dan (iv) Memohon daripada Allah keteguhan buatnya [bagi menghadapi soal jawab kubur] *Macam mana ada pihak di Malaysia yang boleh sesatkan dan bid'ahkan pandangan muktamad mazhab Shafie secara terang-terangan ?! Wallahul musta'an
Hajjah Durriyah Al-‘Aytah menyebut di dalam kitabnya Fiqh al-‘Ibadat ‘ala al-Madhhab al-Shafi’i (Fiqh Ibadat Berdasarkan Mazhab Shafie): “Di...
Read More
Hadith 40/42 Imam Nawawi [Memanfaatkan Masa Hidup Yang Sementara Di Dunia Ini]
Hadith 40/42 Imam Nawawi [Memanfaatkan Masa Hidup Yang Sementara Di Dunia Ini] (Feed generated with FetchRSS ) source https://www.face...
Read More
Setiap Ahli Syurga Memasuki Syurga dengan Rahmat dan Kurniaan Allah Semata-mata Hadith ini tidak menafikan kepentingan untuk beramal soleh kerana amal soleh adalah jalan dan sebab untuk mendapatkan rahmat dan kurniaan daripada Allah. Tetapi pergantungan hati seseorang Muslim itu adalah pada rahmat dan kurniaan Allah semata-mata, dan bukan pada amalannya. Kemudian para ulama’ menyatakan bahawa syurga itu tidak boleh dimasuki melainkan dengan rahmat dan kurniaan Allah, namun darjat-darjat di dalamnya dibahagikan berdasarkan amalan seseorang. (والله أعلم)
Setiap Ahli Syurga Memasuki Syurga dengan Rahmat dan Kurniaan Allah Semata-mata Hadith ini tidak menafikan kepentingan untuk beramal soleh k...
Read More
Doa Rasulullah ﷺ Memohon Ilmu Yang Bermanfaat, Rezeki Yang Baik dan Amalan Yang Diterima
Doa Rasulullah ﷺ Memohon Ilmu Yang Bermanfaat, Rezeki Yang Baik dan Amalan Yang Diterima (Feed generated with FetchRSS ) source https:...
Read More
Surah Al-Mulk: Surah Al-Mani’ah Al-Munjiyah (Penghadang dan Penyelamat Dari Azab Kubur) *Rasulullah ﷺ: “Ia (surah Al-Mulk) adalah satu mani’ah (penghadang), Ia jua adalah satu munjiyah (penyelamat) yang menyelamatkan [pembaca]nya daripada azab kubur.” "Penuntut Ilmu"
Surah Al-Mulk: Surah Al-Mani’ah Al-Munjiyah (Penghadang dan Penyelamat Dari Azab Kubur) *Rasulullah ﷺ: “Ia (surah Al-Mulk) adalah satu mani’...
Read More
Mengupah Seseorang Membaca Al-Qur’an di sisi Kubur Umat Islam adalah Harus di sisi Mazhab Shafie Al-Shaykh ‘Atiyyah Saqr – beliau pernah memegang jawatan Ketua Lajnah Fatwa di Al-Azhar – menukilkan di dalam Mawsu’ah Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam (Jilid 1, p. 249) daripada Shaykh Al-Azhar Al-Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf (Mufti Mesir dari tahun 1946-1950 dan 1952-1954) bahawa beliau berkata: وقد قال الشيخ حسنين محمد مخلوف في أخذ الأجرة على قراءة القرآن: .... ومذهب الشافعية يجوز أخذ الأجرة على قراءة القرآن وتعليمه، سواء أكانت القراءة عند القبر أو بعيدة عنه، مع الدعاء بوصول الثواب إلى الميت. “Dan sesungguhnya Al-Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf telah berkata berkenaan [hukum] mengambil upah bagi pembacaan Al-Qur’an: ...... Pandangan mazhab Shafie adalah: Diharuskan mengambil upah bagi membaca al-Qur’an dan mengajarkannya, sama ada pembacaan al-Qur’an tersebut di sisi kubur atau berjauhan dengan doa agar pahalanya disampaikan kepada orang yang telah wafat.” T: Mawsu’ah Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam (Jilid 1, p. 249). “Penuntut Ilmu”
Mengupah Seseorang Membaca Al-Qur’an di sisi Kubur Umat Islam adalah Harus di sisi Mazhab Shafie Al-Shaykh ‘Atiyyah Saqr – beliau pernah mem...
Read More
(2013). Menjawab Persoalan Agama: Konsep al-Tark dan Perkara Baru dan Baik (Bid'ah Hasanah) dari Perspektif Shariat. Semoga bermanfaat. Boleh didownload dan disebarkan. Download PDF di sini (Google Docs): https://ift.tt/3cX8LoF
(2013). Menjawab Persoalan Agama: Konsep al-Tark dan Perkara Baru dan Baik (Bid'ah Hasanah) dari Perspektif Shariat. Semoga bermanfaat. ...
Read More
Photos from Penuntut Ilmu's post
(2020). 40 Hadith Kemuliaan Masjid dan Adab-adabnya. Nilai: Wisdom Publication. "Penulis membahagikan hadith-hadith tersebut kepada beb...
Read More
Al-Fatawa al-Hindiyyah: Berkenaan dengan pandangan mazhab Hanafi tentang bacaan Al-Qur’an di sisi kubur pula: - Tidak makruh - Si mati mendapat manfaat daripada bacaan Al-Qur'an tersebut. *Al-Fatawa al-Hindiyyah atau Fatawa Alamgiri adalah fatwa-fatwa yang disusun oleh para ulama’ fiqh dari India, Pakistan, Hijaz dan Iraq yang diketuai oleh al-Shaykh Nizam al-Din al-Balkhi dengan perintah oleh Sultan Abu al-Muzaffar Muhammad Aurangzeb – seorang Sultan yang alim, mujahid dan Sufi. Ia adalah fatwa yang berlandaskan Mazhab Hanafi. Ia boleh dianggap sebagai salah satu kompilasi fatwa yang terpenting di dalam mazhab Hanafi dan Fiqh Islam. Ia dihimpunkan pada akhir kurun ke-17 Masihi melibatkan 500 orang para ulama’. "Penuntut Ilmu"
Al-Fatawa al-Hindiyyah: Berkenaan dengan pandangan mazhab Hanafi tentang bacaan Al-Qur’an di sisi kubur pula: - Tidak makruh - Si mati menda...
Read More
Hikmah Penshariatan Zakat Fitrah (i) penyucian bagi seseorang yang berpuasa daripada perkara sia-sia dan kotor; dan (ii) sebagai pemberi makanan kepada orang-orang miskin. *Boleh tambah hikmah yang ketiga (sebenarnya juga termasuk dalam hikmah yang kedua): Menggembirakan orang-orang Miskin pada Hari Raya ketika umat Islam meraikan Hari Raya mereka. "Penuntut Ilmu"
Hikmah Penshariatan Zakat Fitrah (i) penyucian bagi seseorang yang berpuasa daripada perkara sia-sia dan kotor; dan (ii) sebagai pemberi mak...
Read More
Ya Allah, terimalah. 40 Hadith Kemuliaan Masjid dan Adab-adabnya. Boleh didownload dan disebarkan. Link PDF: https://ift.tt/3cP4R14
Ya Allah, terimalah. 40 Hadith Kemuliaan Masjid dan Adab-adabnya. Boleh didownload dan disebarkan. Link PDF: https://ift.tt/3cP4R14 (Fee...
Read More
الشيخ أحمد الهجين حفظه الله
طريقتان لإتخاذ مسجد حقيقي في البيت للاعتكاف فيه🕌 Dua cara untuk membuat masjid haqiqi di rumah untuk i`tikaf في ظل هذا الوباء امتنع كثير...
Read More
[Hikmah di sebalik Anjuran Pengkhataman Al-Qur’an di sisi Kubur Seorang Muslim di sisi Mazhab Shafie] Seperti yang telah dinukilkan sebelum ini, kita dapat melihat bahawa Imam al-Shafie dan ulama’ mazhab Shafie telah bersepakat bahawa pengkhataman Al-Qur’an di sisi kubur si mati selepas pengebumiannya adalah dianjurkan dan disunatkan. Apakah hikmah di sebalik anjuran ini? Jawapan: Pengkhataman Al-Qur’an bukan sahaja melibatkan fadilat-fadilat bagi setiap huruf, ayat dan surah Al-Qur’an yang dibaca dari awal sehingga akhir, bahkan pengkhataman Al-Qur’an itu sendiri mempunyai fadilat-fadilat yang besar sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi di dalam kitabnya al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran. Di antara fadilat pengkhataman Al-Qur’an ialah: • Ia merupakan waktu yang mustajab untuk berdoa; dan • Ia adalah waktu turunnya rahmat Allah SWT; dan • Doa yang dilakukan ketika pengkhataman Al-Qur’an diaminkan oleh empat ribu (4,000) para malaikat. Dan tiada perbezaan di kalangan para ulama’ Ahli Sunnah dan Jama’ah bahawa doa keampunan dan rahmat buat orang Islam yang telah wafat adalah bermanfaat baginya dan dianjurkan Shariat Islam dengan jelas sepertimana firman Allah SWT di dalam ayat ke-10 dari surah Al-Hashr. "Penuntut Ilmu"
[Hikmah di sebalik Anjuran Pengkhataman Al-Qur’an di sisi Kubur Seorang Muslim di sisi Mazhab Shafie] Seperti yang telah dinukilkan sebelum ...
Read More
Ucapan Tahniah buat Sahibus Samahah Dr. Luqman Bin TG Haji Abdullah [Lubuk Tapah] di atas perlantikan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dari Unit Khazanah Ilmu Turath, Universiti Sains Islam Malaysia
Ucapan Tahniah buat Sahibus Samahah Dr. Luqman Bin TG Haji Abdullah [Lubuk Tapah] di atas perlantikan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutu...
Read More
Malam Yang Tenang dan Terang Seakan-akan Bulan Penuh, Tidak Terlalu Sejuk atau Panas Di antara tanda-tanda malam Laylatul Qadr juga ialah: ia malam yang tenang bercahaya seakan-akan ada bulan yang penuh, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Rasulullah ﷺ bersabda: وَهِيَ لَيْلَةٌ طَلْقَةٌ بَلْجَةٌ، لا حَارَّةٌ وَلا بَارِدَةٌ “Dan ia adalah malam yang tenang bercahaya seakan-akan ada bulan yang penuh, tidak panas dan tidak pula sejuk.” [Sahih Ibn Khuzaymah] – sanadnya hasan dan lain-lain.
Malam Yang Tenang dan Terang Seakan-akan Bulan Penuh, Tidak Terlalu Sejuk atau Panas Di antara tanda-tanda malam Laylatul Qadr juga ialah: i...
Read More
Malam Yang Berhujan dan Berangin Di antara tanda-tanda malam Laylatul Qadr juga ialah: ia malam yang mempunyai hujan dan angin yang bertiup. Rasulullah ﷺ bersabda: وَهِيَ لَيْلَةُ مَطَرٍ وَرِيحٍ “Dan ia adalah malam yang mempunyai hujan dan angin [yang bertiup].” [Musnad Ahmad] – Sanadnya hasan dan lain-lain.
Malam Yang Berhujan dan Berangin Di antara tanda-tanda malam Laylatul Qadr juga ialah: ia malam yang mempunyai hujan dan angin yang bertiup....
Read More
Cahaya Matahari Keputihan Yang Tidak Terik Di antara tanda-tanda malam Laylatul Qadr yang disebut dengan jelas di dalam hadith-hadith yang sahih ialah: Terbitnya matahari pada paginya itu dengan cahaya keputihan yang tidak terik. وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا [Sahih Muslim] dan lain-lain.
Cahaya Matahari Keputihan Yang Tidak Terik Di antara tanda-tanda malam Laylatul Qadr yang disebut dengan jelas di dalam hadith-hadith yang s...
Read More
Photos from Penuntut Ilmu's post
1. Imam al-Nawawi (676H): Sunat Memberi Salam, Membaca al-Qur’an dan Berdoa Bagi Seseorang Yang Menziarahi Kubur Para Muslimin 2. Al-Imam al...
Read More
Mahligai di Syurga Buat Mereka Yang Membina Masjid Walaupun Sangat Kecil Burung Qatah/Qata: https://www.youtube.com/watch?v=DE48UhDb-88
Mahligai di Syurga Buat Mereka Yang Membina Masjid Walaupun Sangat Kecil Burung Qatah/Qata: https://www.youtube.com/watch?v=DE48UhDb-88 ...
Read More
Doa Yang Dipesan oleh Rasulullah ﷺ kepada Mu’adh Bin Jabal RA Selepas Setiap Kali Mengerjakan Solat *Biasanya dibaca sebelum Tasbih 33, Tahmid 33, Takbir 33 dan Tahlil Kamil 1.
Doa Yang Dipesan oleh Rasulullah ﷺ kepada Mu’adh Bin Jabal RA Selepas Setiap Kali Mengerjakan Solat *Biasanya dibaca sebelum Tasbih 33, Tahm...
Read More
Salafi Wahhabi: Ancaman keganasan dunia
Artikel yang menarik oleh Prof Madya Dr Hizam Hanafiah, UKM Bagi saya beliau adalah salah seorang pengkaji terbaik di dalam bidang Terorisme...
Read More
Photos from Penuntut Ilmu's post
Selawat Kubra/ Alfu Alfi Salah ‘Azimah (Sejuta Selawat Yang Agung) *Pagi ini, ayah saya minta saya agar salin semula satu selawat yang belia...
Read More
Tiga Doa Ringkas Yang Jangan Ditinggalkan Pada Malam-malam Bulan Ramadan *Antara amalan yang saya kongsikan dalam Tazkirah semalam di FB Kompleks Islam USIM. Semuanya berasaskan hadith Rasulullah ﷺ. Ada yang cadangkan saya tulis doa tersebut. Saya kongsikan di sini. Afwan. Semoga bermanfaat
Tiga Doa Ringkas Yang Jangan Ditinggalkan Pada Malam-malam Bulan Ramadan *Antara amalan yang saya kongsikan dalam Tazkirah semalam di FB Kom...
Read More
[Petikan dari Ulasan Perterjemah bagi "Al-Qira'ah ind al-Qabr" oleh Imam al-Hafiz Abu Bakr al-Khallal al-Hanbali] Jika ada sebahagian golongan yang memilih untuk membid’ahkan amalan bacaan al-Qur’an di sisi kubur, maka mereka juga patut sedar dan ambil maklum bahawa begitu ramai para ulama’ Islam sepanjang kurun yang telah menerima amalan ini, mengamalkannya serta menganjurkannya. Anjuran bagi pembacaan al-Qur’an di sisi kubur Muslimin disebut di dalam kitab-kitab fiqh yang besar-besar termasuk kitab “Al-Umm” oleh Imam Al-Shafie. Bagaimana mungkin fakta dan hakikat seperti ini diabaikan atau disembunyikan? Dan tidak diberitahu kepada masyarakat awam Muslimin?
[Petikan dari Ulasan Perterjemah bagi "Al-Qira'ah ind al-Qabr" oleh Imam al-Hafiz Abu Bakr al-Khallal al-Hanbali] Jika ada seb...
Read More
Kelebihan Seorang Muslim Yang Disolatkan Jenazahnya oleh Empat Puluh Orang Mukmin/Muslim Yang Tidak Melakukan Syirik Pada satu ketika, seorang anak Saidina ‘Abdullah Bin ‘Abbas RA telah wafat, lalu beliau berkata kepada mawlanya Kurayb: Wahai Kurayb, lihatlah jika orang ramai telah berkumpul untuk melakukan solat jenazah baginya. Lalu Kurayb pun keluar dan melihat orang ramai telah berkumpul. Apabila dia memberitahu Saidina ‘Abdullah Bin ‘Abbas RA tentang perkara tersebut, beliau bertanya adakah bilangan mereka telah mencapai 40 orang, lalu Kurayb menjawab: Ya. Saidina ‘Abdullah Bin ‘Abbas RA pun memberitahu hadith ini [Sahih Muslim]. Daripada ‘Abdullah Bin ‘Abbas RA, beliau berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada seorang Muslim yang meninggal dunia, kemudian jenazahnya itu disolatkan oleh empat puluh orang [Muslim/Mukmin] yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah SWT akan menerima shafa’at (doa) mereka padanya.” T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 951 [Lafaz di atas]; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 3170; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 2505; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 3082 dan lain-lain. [Status: Sahih]. Hadith sahih ini adalah salah satu dalil yang sangat jelas berkenaan amalan orang Mukmin/Muslim yang masih hidup itu memberi manfaat kepada saudaranya yang telah meninggal dunia.
Kelebihan Seorang Muslim Yang Disolatkan Jenazahnya oleh Empat Puluh Orang Mukmin/Muslim Yang Tidak Melakukan Syirik Pada satu ketika, seora...
Read More
(2013). Menjawab Persoalan Agama: Konsep al-Tark dan Perkara Baru dan Baik dari Perspektif Shariat. Versi PDF buku ini diberi percuma kepada semua pihak pada malam 17 Ramadan 1441H رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ وصلى الله على سيدنا ونبينا محمد سيد الأولين والآخرين وعلى آله وصحبه وسلم https://ift.tt/3clZrdR
(2013). Menjawab Persoalan Agama: Konsep al-Tark dan Perkara Baru dan Baik dari Perspektif Shariat. Versi PDF buku ini diberi percuma kepada...
Read More
Photos from Penuntut Ilmu's post
Dalil-dalil bagi hukum ahkam Shariat (Fiqh) di sisi para ulama’ Ahli Sunnah dan Jama’ah itu ada empat belas dalil. (Feed generated wit...
Read More
Rasulullah ﷺ Mengajarkan Doa agar Semua Kesalahan Kita kepada Orang Beriman Dijadikan Kebaikan Bagi Mereka di Akhirat Kelak
Rasulullah ﷺ Mengajarkan Doa agar Semua Kesalahan Kita kepada Orang Beriman Dijadikan Kebaikan Bagi Mereka di Akhirat Kelak (Feed genera...
Read More
Puasa ialah Zakat Bagi Tubuh Badan
Puasa ialah Zakat Bagi Tubuh Badan (Feed generated with FetchRSS ) source https://www.facebook.com/1499687470298765_2557694701164698
Read More
Selawat Sultan Nisbah kepada Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau adalah merupakan pendiri Dinasti Ghaznawiyah. Beliau adalah seorang Khalifah Muslim, pemimpin tertinggi dalam autoriti keagamaan, dan pemimpin politik bagi sebuah wilayah kekuasaan yang sangat luas, yang mana – jika diukur dengan pemetaan hari ini - mencakup negara-negara Iran, Turkmenistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Afghanistan, Pakistan, dan India utara. [Ayah saya minta saya taipkan semula dan terjemahkan Selawat Sultan yang masyhur ini. Saya berpandangan ia amat bermanfaat untuk dikongsikan. Selamat beramal]. Link PDFnya di sini: https://ift.tt/2yumlRM
Selawat Sultan Nisbah kepada Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau adalah merupakan pendiri Dinasti Ghaznawiyah. Beliau adalah seorang Khalifah ...
Read More
Al-Imam al-Hafiz al-Qadi Abu Bakr Ibn alʿArabi (543H): Orang Yang Menyakiti Rasulullah ﷺ Dengan Mengatakan Bapa Baginda ﷺ di dalam Neraka adalah Dilaknat Al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti (911H) telah menukilkan fatwa al-Imam al-Hafiz al-Qadi Abu Bakr Ibn al-ʿArabi (543H) tentang orang yang mengatakan bapa Rasulullah ﷺ di dalam neraka. Nasnya adalah berikut: وَسُئِلَ الْقَاضِي أَبُو بَكْرِ بْنُ الْعَرَبِيِّ أَحَدُ أَئِمَّةِ الْمَالِكِيَّةِ عَنْ رَجُلٍ قَالَ: إِنْ أَبَا النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فِي النَّارِ، فَأَجَابَ بِأَنَّ مَنْ قَالَ ذَلِكَ فَهُوَ مَلْعُونٌ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: ))إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ(( [الأحزاب: 57] قَالَ: وَلَا أَذًى أَعْظَمُ مِنْ أَنْ يُقَالَ عَنْ أَبِيهِ إِنَّهُ فِي النَّارِ، “Dan al-Qadi Abu Bakr Ibn al-ʿArabi, salah seorang dari para Imam mazhab Maliki, ditanya tentang seorang lelaki yang telah berkata: Sesungguhnya bapa Nabi ﷺ di dalam neraka. Maka beliau menjawab bahawa sesungguhnya barangsiapa yang berkata sedemikian, maka dia adalah seorang yang dilaknat (dihalau dari rahmat Allah). Kerana firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan RasulNya, pasti Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat)) (al-Ahzab:57) (dan) beliau berkata: Dan tidak ada perbuatan menyakiti (Rasulullah ﷺ) yang lebih besar dari dikatakan tentang ayah Baginda bahawa beliau berada di dalam neraka.” R: al-Suyuti (911H) – al-Hawi li al-Fatawi. 279/2. Masalik al-Hunafa fi Walidayy al-Mustafa. Komentar: Golongan yang menyatakan Ibu dan Bapa Rasulullah ﷺ atau Datuk Rasulullah ﷺ sebagai ahli neraka juga termasuk dalam ancaman ini. “Penuntut Ilmu”
Al-Imam al-Hafiz al-Qadi Abu Bakr Ibn alʿArabi (543H): Orang Yang Menyakiti Rasulullah ﷺ Dengan Mengatakan Bapa Baginda ﷺ di dalam Neraka ad...
Read More
Rasulullah ﷺ Bertasbih Dengan Mengangkat/ Menyaringkan Suara Selepas Solat Witir عَنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى رضي الله عنه، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ: أَنَّهُ كَانَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى، وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، فَإِذَا سَلَّمَ، قَالَ: (( سُبْحَانَ الْمـَلِكِ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْمـَلِكِ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْمـَلِكِ الْقُدُّوسِ ))، وَرَفَعَ بِهَا صَوْتَهُ Daripada ‘Abd al-Rahman Bin Abza RA, beliau meriwayatkan bahawa: “Sesungguhnya Baginda Nabi ﷺ membaca surah Al-A’la, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas di dalam solat Witir. Dan apabila Baginda ﷺ telah memberi salam (selesai solat), Baginda ﷺ akan menyebut: سُبْحَانَ الْمـَلِكِ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْمـَلِكِ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْمـَلِكِ الْقُدُّوسِ Dan Baginda ﷺ mengangkat / menyaringkan suara Baginda ﷺ ketika menyebutnya.” T:(Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 14929 [Lafaz di atas]: Sanadnya sahih, 14933, & 14936; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan), No. 1750, 1751, 1752 & 1753; (al-Ḥakim (405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn) dan beliau berkata: (وَهَذَا الإِسْنَادُ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ) dan lain-lain. [Status: Sahih] Menurut Pusat Fatwa Mesir, perbuatan Rasulullah ﷺ mengangkat suara ketika bertasbih selepas solat Witir adalah salah satu dalil boleh mengangkat suara ketika berzikir di antara solat sunat Tarawih. Amalan berzikir di antara rakaat solat Sunat Tarawih bukan hanya dilakukan di Malaysia sepertimana yang pernah didakwa oleh sesetengah pihak (satu pembohongan), bahkan ia dilakukan oleh majoriti masyarakat Islam di negara negara Islam. Walhamdulillah.
Rasulullah ﷺ Bertasbih Dengan Mengangkat/ Menyaringkan Suara Selepas Solat Witir عَنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى رضي الله عنه، عَنِ الن...
Read More
Rasulullah ﷺ Menganjurkan Doa Memohon Agar Iman Sentiasa Diperbaharui/ Diperkukuhkan oleh Allah SWT
Rasulullah ﷺ Menganjurkan Doa Memohon Agar Iman Sentiasa Diperbaharui/ Diperkukuhkan oleh Allah SWT (Feed generated with FetchRSS ) so...
Read More
Kisah seorang penggali kubur yang kemudiannya menjadi Ulama’ Besar - Al Shaykh Abdurrahman Al Haffar - di antara ulama' besar di Damsyik, Syria. Sangat memberi motivasi. Allahu Akbar walHamdulillah.
Kisah seorang penggali kubur yang kemudiannya menjadi Ulama’ Besar - Al Shaykh Abdurrahman Al Haffar - di antara ulama' besar di Damsyik...
Read More
AL-SHAYKH MUHAMMAD AL-GHAZALI MEMBERI PERUMPAMAAN YANG CUKUP BAIK TENTANG GOLONGAN YANG JAHIL TETAPI MERASAKAN DIRI MEREKA SEBAGAI ULAMA’ BESAR DI ZAMANNYA Mereka adalah golongan yang mula “Belajar pada hari SABTU; mula mengajar pada hari AHAD; berlagak menjadi guru besar/professor/ pakar ilmu tersebut pada hari ISNIN; dan pada hari SELASA, mereka mula mengkritik Imam-imam besar umat Islam.” Pendakwah Mesir dan pemikir Islam di zamannya, al-Shaykh Muhammad al-Ghazali (wafat 1416H/ 1996M) menyebut bahawa tujuannya mengarang kitab “al-Sunnah al-Nabawiyyah bayn Ahli al-Fiqh wa Ahl al-Hadith” adalah untuk menjaga peradaban dan kesarjanaan Islam daripada golongan yang jahil tetapi merasa diri mereka sebagai ulama’ besar. Beliau berkata di dalam muqaddimah bukunya bagi cetakan ke-6 ini: فَغَايَتِي تَنْقِيَةُ السُّنَّةِ مِمَّا قَدْ يَشُوبُهَا! وَغَايَتِي كذَلِكَ حِمَايَةُ الثَّقَافَةِ الْإِسْلَامِيَّةِ مِنْ نَاسٍ قِيلَ فِيهِمْ: إِنَّهُمْ يَطْلُبُونَ الْعِلْمَ يَوْمَ السَّبْتِ، وَيُدَرِّسُونَهُ يَوْمَ الْأَحَدِ، وَيَعْمَلُونَ أَسَاتِذَةً لَهُ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ. أَمَّا يَوْمَ الثُّلَاثَاءِ فَيُطَاوِلُونَ الْأَئِمَّةَ الْكِبَارَ وَيَقُولُونَ: نَحْنُ رِجَالٌ وَهُمْ رِجَالٌ.!! “Maka tujuanku (menulis kitab ini) adalah untuk membersihkan Sunnah (Nabi ﷺ) daripada apa yang mungkin mengotorinya/ merosakkannya. Dan begitu juga, tujuanku adalah untuk memelihara / melindungi peradaban / kesarjanaan Islam daripada sebahagian manusia yang dikatakan tentang mereka: Sesungguhnya mereka menuntut ilmu pada hari Sabtu, dan mengajarnya pada hari Ahad, dan menjadi profesor dalam bidang ilmu ini pada hari Isnin. Manakala pada hari Selasa, maka mula mengkritik Imam-imam yang agung dan mereka berkata: Kami adalah lelaki (ulama' mujtahid) dan mereka juga adalah lelaki (ulama' mujtahid).!!” R: Muhammad al-Ghazali –al-Sunnah al-Nabawiyyah bayn Ahli al-Fiqh wa Ahl al-Hadith. Dar al-Shuruq. Betapa jauhnya dakwaan dan mimpi mereka. “Penuntut Ilmu”
AL-SHAYKH MUHAMMAD AL-GHAZALI MEMBERI PERUMPAMAAN YANG CUKUP BAIK TENTANG GOLONGAN YANG JAHIL TETAPI MERASAKAN DIRI MEREKA SEBAGAI ULAMA’ BE...
Read More
Memperbaharui Iman dengan Memperbanyakkan Zikir Tahlil
Memperbaharui Iman dengan Memperbanyakkan Zikir Tahlil (Feed generated with FetchRSS ) source https://www.facebook.com/149968747029876...
Read More
Subscribe to:
Posts (Atom)