SEORANG SAHABAT YANG BERMIMPI MEMECAHKAN KEPALANYA DENGAN BATU Sewaktu saya belajar di Jordan, saya...

SEORANG SAHABAT YANG BERMIMPI MEMECAHKAN KEPALANYA DENGAN BATU Sewaktu saya belajar di Jordan, saya mempunyai tiga sahabat yang dikurniakan oleh Allah kepada saya dari kalangan orang Palestin. Kami berempat memang sangat rapat dan kami berempat berjaya menamatkan pengajian kami dalam tempoh tiga tahun, akan tetapi hanya tiga dari kalangan kami mendapat Kelas Pertama (Mumtaz) dan seorang lagi Jayyid Jiddan (sangat hampir untuk Mumtaz). Kalau tidak kerana cerita yang ingin saya sampaikan, saya pasti akan menyebut nama-nama mereka di sini. Pada satu ketika, salah seorang daripada sahabat saya ini sering mengulang hafalan al-Qurannya setiap kali selepas solat dan saya melihatnya melakukannya berhari-hari. Saya pun bertanya kepadanya tentang perubahan yang saya lihat kepada dirinya yang sangat rapat dengan al-Qur'an. Dia bercerita kepada saya (lebih kurang): "Abdullah, aku dulu telah menghafal al-Qur'an sewaktu aku belajar di South Africa. Kemudian aku melupakannya. Baru-baru ini aku bermimpi, aku mengambil batu dan menghentakkan kepalaku dengannya sehingga berdarah. Aku merasa takut lalu aku berjumpa dengan guru kita, al-Muhaddith Dr. Abdurrahman Tuwalabah. Sheikh berkata kepadaku: Orang yang bermimpi seumpama ini mungkin melakukan salah satu daripada dua dosa: (i) mengabaikan solat Atmatayn (Isyak dan Subuh) , atau (ii) seseorang yang telah menghafal al-Qur'an dan melupakannya. Sekarang ini aku sedang menghafal semula apa yang aku telah lupa." Sungguh saya sangat merindui tiga orang sahabat saya ini, dan saya dapat tahu dua orang daripadanya telah menjadi pensyarah di sana seperti saya juga, tetapi mereka lebih awal mendapatkan PhD mereka. Semoga kami semua dapat berkumpul dan bertemu semula di bawah rahmat Allah dan RasulNya. Amin.

(RSS generated with FetchRss)

source https://www.facebook.com/1499687470298765_2193134504287388

0 Comment "SEORANG SAHABAT YANG BERMIMPI MEMECAHKAN KEPALANYA DENGAN BATU Sewaktu saya belajar di Jordan, saya..."

Post a Comment

Thank you for your comments