Hadith Perbezaan Solat Lelaki dan Perempuan



Dari Channel Nota Q&A Hadith ⭐️ MSO-D4

Soalan:

assalammualaikum ustaz, apakah status hadith ini? benarkah ia tergolong dalam hadis dhaif jiddan? dan benarkah ia tak digunakan ulama' dalam bab solat?

Rasulullah saw berjalan berhampiran dua orang perempuan yang bersolat lalu Baginda bersabda, "Apabila kamu sujud rapatkanlah sebahagian badan ke lantai kerana orang perempuan tidak sama cara sujudnya sebagaimana orang lelaki." Riwayat al-Baihaqi (2/223).


Jawapan dari Ustaz Muslim


Waalaikumussalam wbt. Hadis ini mursal riwayat Yazid bin Abu Habib dari Rasulullah SAW. Hadis mursal ini dhaif ringan . Setengah ulama menerima hadis mursal sebagai hujah secara bersyarat termasuk mazhab Syafie.

Meskipun dhaif daripada Rasulullah SAW, terdapat banyak riwayat lain dari Sahabat terutama Tabien yang berpegang dengan perbezaan sujud lelaki dan perempuan. Riwayat riwayat ini direkodkan oleh ibnu Abi Syaibah dan Abdul Razak dalam Musannaf mereka.

Dalam fiqh itulah pendapat jumhur ulama. 4 mazhab sepakat demikian, dan ia disebut dengan jelas oleh imam Syafie dalam mukhtasar al Muzani dan imam Ahmad dalam Masail Abu Daud .

Wallahua'lam

Channel Nota Q&A Hadith ⭐️ MSO-D4
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Hadith Perbezaan Solat Lelaki dan Perempuan"

Post a Comment

Thank you for your comments