Isu Bayaran Zakat Fitrah Untuk Anak Yang Berharta Sendiri
Dari Channel Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
para asatizah yang dihormati.. sye ade stu kemusykilan.. kalau seorang ayah bayar kan zakat fitrah anak dia y dah baligh, dan x mintak izin terlebih dahulu. sedangkan anak dia mampu.....bagaimana?
Jawapan kami;
Anak yang dewasa yang berakal atau yang mampu untuk bekerja atau memiliki apa yang mencukupi untuk dirinya atau yang mempunyai harta, maka tidak wajib bagi bapa menanggung nafkahnya. Ini kerana anak tersebut memiliki apa yang mencukupi untuk dirinya.
Oleh itu, zakat fitrah anak yang dewasa yang berakal atau mampu untuk bekerja atau mempunyai harta adalah wajib ke atas anak tersebut mengeluarkannya sendiri.
Justeru, sekiranya bapa mengeluarkan zakat fitrah daripada hartanya bagi pihak anak dewasa tadi, maka tidak gugur tuntutan zakat fitrah daripada anak berkenaan melainkan dengan izinnya (izin anak).
Wallahu a'lam.
ولا تجب عن ولد كبير على أبيه، بل تجب عليه. فلو أخرجها عنه أبوه من ماله لا تسقط عنه إلا بإذنه لعدم استقلاله-إعانة الطالبين
oleh Ustaz اليسع
Usrah Solat Q&A Ibadah MSO-D7
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Isu Bayaran Zakat Fitrah Untuk Anak Yang Berharta Sendiri"
Post a Comment