Para Sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ Berdoa di Awal Tahun dan Bulan Yang Baru

Para Sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ Berdoa di Awal Tahun dan Bulan Yang Baru

<<<<< >>>>>

[1] Daripada ʿAbdullāh bin Hishām رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata:

كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَعَلَّمُونَ هَذَا الدُّعَاءَ إِذَا دَخَلَتِ السَّنَةُ أَوِ الشَّهْرُ: اَللّٰهُمَّ أَدْخِلْهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ، وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ، وَالْإِسْلَامِ، وَرِضْوَانٍ مِنَ الرَّحْمٰنِ، وَجَوَازٍ مِنَ الشَّيْطَانِ

“Para Sahabat Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ mempelajari (mengamalkan) doa ini apabila tibanya *tahun* atau *bulan* yang baru:

اَللّٰهُمَّ أَدْخِلْهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ، وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ، وَالْإِسْلَامِ، وَرِضْوَانٍ مِنَ الرَّحْمٰنِ، وَجَوَازٍ مِنَ الشَّيْطَانِ

“Ya Allah, datangkanlah ia (bulan atau tahun baru ini) ke atas kami dengan keamanan, keimanan, kesejahteraan, keIslaman, keredaan daripada al-Raḥmān - Tuhan Yang Maha Pemurah dan kelepasan (/pemeliharaan) daripada syaitan.”

T: (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 6241 dan beliau berkata: (لا يُرْوَى هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ هِشَامٍ إِلا بِهَذَا الإِسْنَادِ، تَفَرَّدَ بِهِ: رِشْدِينُ بْنُ سَعْدٍ) & (Abu al-Qasim al-Baghawi (317H), 2000 - Mu'jam al-Sahabah), No. 1539 dan beliau berkata: (ولا أعلم لعبد الله بن هشام غير هذا). [Status: Ḥasan atau Ṣaḥīḥ]

*(al-Haythamī (807H), 1994 - Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-Fawāʾid), No. 17150: (رَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الْأَوْسَطِ، وَإِسْنَادُهُ حَسَنٌ) & (Ibn Hajar al-'Asqalani (852H), 1415H - al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah) - ‘Abdullah bin Hisham [No.5022] dan beliau berkata: (وهذا موقوف على شرط الصحيح).

Nota Tambahan:

Athar ʿAbdullāh bin Hishām رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ini juga diriwayatkan dengan sanad yang sahih menurut syarat Imam al-Bukhari [di dalam Ṣaḥīḥnya].

Al-Imām al-Ḥāfiz Ibnu Ḥajar al-ʿAsqalānī (w.852H) menyebut di dalam “al-Iṣābah fi Tamyīz al-Ṣaḥābah” ketika membicarakan riwayat ʿAbdullāh bin Hishām رَضِيَ اللهُ عَنْهُ [No.5022] bahawa al-Imām Abū al-Qāsim al-Baghawī [Muʿjam al-Ṣaḥābah, Jil.3, hal. 543] telah meriyawatkan athar ini dengan sanad yang serupa dengan sanad al-Imām al-Bukhārī yang beliau riwayatkan berkenaan al-Shirkah (Akad Perkongsian).

Al-Imām al-Ḥāfiz Ibnu Ḥajar al-ʿAsqalānī (w.852H) menyebut: “Dan lafaznya:

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَعَلَّمُونَ (هَذَا) الدُّعَاءَ كَمَا يَتَعَلَّمُونَ الْقُرْآنَ إِذَا دَخَلَ الشَّهْرُ أَوْ السَّنَةُ: اَللّٰهُمَّ أَدْخِلْهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَجَوَازٍ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَرِضْوَانٍ مِنَ الرَّحْمٰنِ

“Para Sahabat Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ mempelajari doa ini sepertimana mereka mempelajari Al-Quran apabila tibanya *bulan* atau *tahun* [yang baru]:

Ya Allah, datangkanlah ia ke atas kami dengan keamanan, keimanan, kesejahteraan, keIslaman, kelepasan daripada syaitan dan keredaan daripada al-Rahman - Tuhan Yang Maha Pemurah.”

Kemudian Al-Imām al-Ḥāfiz Ibnu Ḥajar al-ʿAsqalānī (w.852H) berkata:

وَهَذَا مَوْقُوفٌ عَلَى شَرْطِ الصَّحِيحِ

“Dan athar ini adalah mawqūf (disandarkan kepada ʿAbdullāh bin Hishām رَضِيَ اللهُ عَنْهُ) berdasarkan syarat al-Ṣaḥīḥ (iaitu Ṣaḥīḥ al-Imām al-Bukhārī).”

R: Ibnu Ḥajar al-ʿAsqalānī (w.852H): “al-Iṣābah fi Tamyīz al-Ṣaḥābah”, Jil. 4, hal. 218.

PENUNTUT ILMU

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/987852283126623

0 Comment "Para Sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ Berdoa di Awal Tahun dan Bulan Yang Baru"

Post a Comment

Thank you for your comments