Keharusan Menyebut Ahli Bid’ah Yang Merosakkan Agama dan Berhati-Hati dengan Golongan Yang Bertaqiyyah

Keharusan Menyebut Ahli Bid’ah Yang Merosakkan Agama dan Berhati-Hati dengan Golongan Yang Bertaqiyyah

<<<<< >>>>

ʿUqbah bin ʿAlqamah berkata:

Pernah pada satu ketika, aku berada di sisi Arṭaʾah bin al-Mundzir, maka sebahagian ahli yang berada di dalam majlis tersebut bertanya:

مَا تَقُولُونَ فِي الرَّجُلِ يُجَالِسُ أَهْلَ السُّنَّةِ وَيُخَالِطُهُمْ؛ فَإِذَا ذُكِرَ أَهْلُ الْبِدَعِ قَالَ: دَعُونَا مِنْ ذِكْرِهِمْ ،لَا تَذْكُرُوهُمْ؟

“Apakah pandangan tuan-tuan tentang *seorang lelaki yang duduk bersama dengan Ahli Sunnah dan bergaul dengan mereka,* dan *apabila disebut tentang ahli-ahli bid’ah,* dia pun berkata: *“Tak perlulah kita menyebut tentang mereka, janganlah kamu menyebut tentang mereka”,?.*

Arṭaʾah berkata:

هُوَ مِنْهُمْ لَا يُلْبَسُ عَلَيْكُمْ أَمْرُهُ

“Dia adalah daripada kalangan mereka (ahli-ahli bid’ah itu), janganlah sampai kamu tidak jelas tentang kedudukannya.”

Pada mulanya, ʿUqbah tidak bersetuju dengan jawapan tersebut, lalu beliau bertanya tentang perkara ini kepada [al-Imām] al-Awzāʿī.

[Al-Imām] al-Awzāʿī pun berkata:

صَدَقَ أَرْطَأَةٌ، وَالْقَوْلُ مَا قَالَ، هَذَا يَنْهَي عَنْ ذِكْرِهِمْ، وَمَتَى يُحْذَرُوا إِذَا لَمْ يُشَادَّ بِذِكْرِهِمْ؟!

“Benarlah Arṭaʾah dalam kata-katanya itu, dan pandangan yang benar di dalam hal ini adalah apa yang dikatakannya.

Lelaki ini melarang dari menyebut tentang mereka (ahli bid’ah), sedangkan bilakah (/bagaimanakah) mereka (ahli bid’ah) dapat diawasi [oleh masyarakat] jika tidak berterusan disebut tentang mereka?.”

T: al-Ḥāfiẓ Ibnu ʿAsākir (w.571H): Tārīkh Dimashq, Jil. 8, hal. 15.

Nota:

Berkenaan Arṭaʾah bin al-Mundzir, maka al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal berkata:

أرطاة بن المنذر ثقة ثقة

“Arṭaʾah bin al-Mundzir [adalah] seorang yang thiqah, lagi thiqah.”

Al-Imām Ibnu Ḥibbān pula meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Muḥammad bin Kathīr berkata:

مَا رَأَيْت أحدا أعبد وَلَا أزهد وَلَا الْخَوْف عَلَيْهِ أبين مِنْهُ على أَرْطَأَة بن الْمُنْذر

“Aku belum pernah melihat seseorang yang lebih banyak ibadahnya, yang lebih zuhud dan yang lebih jelas sifat takut [kepada Allah] pada dirinya, berbanding Arṭaʾah bin al-Mundzir.”

Al-Imām al-Ḥāfiẓ Ibnu Ḥajar al-ʿAsqalānī dan al-Imām al-Ḥāfiẓ al-Dzahabī, kedua-duanya menilai Arṭaʾah bin al-Mundzir sebagai thiqah (ثقة).

PENUNTUT ILMU

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/986281633283688

0 Comment "Keharusan Menyebut Ahli Bid’ah Yang Merosakkan Agama dan Berhati-Hati dengan Golongan Yang Bertaqiyyah"

Post a Comment

Thank you for your comments