Nama-nama surah al-Fātiḥah:

Nama-nama surah al-Fātiḥah:

[1] Al-Fātiḥah: Pembuka.

[2] Fātiḥat al-Kitāb: Pembuka Al-Kitāb (salah satu nama Al-Quran).

[3] Fātihāt al-Qurʿān: Pembuka Al-Quran.

[4] Ummu al-Qurʾān: Ia seumpama asal dan asas bagi Al-Quran kerana Al-Quran dibuka dengannya.

[5] Al-Kāfiyah: Pencukup/ Yang Mencukupkan.

[6] Al-Wāfiyah: Penyempurna, kerana solat tidak akan sah atau sempurna melainkan dengannya.

[7] Al-Shāfiyah: Penyembuh.

[8] Al-Shifāʾ: Kesembuhan.

[9] Al-Sabʿ al-Mathānī: Tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya.

[10] Al-Nūr: Cahaya.

[11] Al-Ruqyah: Rawatan.

[12] Surah al-Ḥamd wa al-Shukr: Pujian dan kesyukuran.

[13] Al-Duʿāʾ: Doa.

[14] Taʿlīm al-Masʾalah: Mengajar cara meminta daripada Allah.

[15] Surah al-Munājāh: Munajat hamba dengan Allah seperti yang diterangkan di dalam hadis berkenaannya.

[16] Surah al-Tafwīḍ: Penyerahan kepada Allah.

[17] Surah al-Suʾāl: Permintaan daripada Allah.

[18] Surah Ummu al-Kitāb: Ibu/ induk/ rumusan Al-Quran.

[19] Surah al-Kanz: Perbendaharaan, kerana ia diturunkan dari perbendaharaan di bawah Arash.

[20] Al-Ṣalāh: Solat atau doa, berdasarkan hadis yang sama berkenaan munajat hamba dengan Allah melalui bacaan Al-Fatihah di dalam solat.

[21] Al-Qurʿān al-ʿAẓīm: Al-Quran yang agung.

PENUNTUT ILMU - Mulakan Hari Kita dengan Al-Quran

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/995054342406417

0 Comment "Nama-nama surah al-Fātiḥah:"

Post a Comment

Thank you for your comments