Kitab: Bid'ah Hasanah Menurut Huraian Ulama' Ummah (2024)

Kitab: Bid'ah Hasanah Menurut Huraian Ulama' Ummah (2024)

[6] Al-Imām Abū Shāmah al-Maqdisī (w.665H)

<<<<< >>>>>

Al-Imām al-Muḥaddith al-Faqīh al-Muqriʾ al-Naḥwī al-Uṣūlī Shihāb al-Dīn Abū al-Qāsim Abū Shāmah ʿAbd al-Raḥmān bin Ismāʿīl al-Maqdisī al-Dimashqī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.665H) menyebut di dalam kitabnya “al-Bāʿith ʿalā Inkār al-Bidāʿ”:

ثم الحوادث منقسمة إلى بدع مستحسنة وإلى بدع مستقبحة، قال حرملة ابن يحيى: سمعت الشافعي رحمه الله تعالى يقول: البدعة بدعتان بدعة محمودة وبدعة مذمومة، فما وافق السنة فهو محمود وما خالف السنة فهو مذموم.

“Kemudian, perkara-perkara baru itu terbahagi kepada:

(i) bid’ah-bid’ah yang dipandang baik [oleh Syarak] dan

(ii) bid’ah-bid’ah yang dipandang buruk [oleh Syarak].

[Al-Imām] Ḥarmalah bin Yaḥyā menyebut: Aku telah mendengar al-Shāfiʿī – semoga Allah merahmatinya – berkata:

“Bid’ah itu dua jenis bid’ah:

[i] Bid’ah yang dipuji [oleh Syarak] dan [ii] bid’ah yang dikeji [oleh Syarak].

Maka suatu [bid’ah] yang bersepakat dengan al-Sunnah, maka ia adalah [bid’ah] terpuji, dan suatu [bid’ah] yang menyalahi al-Sunnah, maka ia [bid’ah] adalah terkeji.”

Beliau juga menyebut:

فالبدع الحسنة متفق على جواز فعلها والاستحباب لها ورجاء الثواب لمن حسنت نيته فيها وهي كل مبتدع موافق لقواعد الشريعة غير مخالف لشيء منها ولا يلزم من فعله محذور شرعي

“Maka bid’ah ḥasanah (baik) yang disepakati keharusan melakukannya dan dianjurkan [pengamalan]nya dan diharapkan pahala bagi sesiapa yang mempunyai niat yang baik padanya itu ialah setiap perkara baru yang bersepakat dengan kaedah-kaedah Syariat, lagi tidak bertentangan dengan sesuatu apa pun daripadanya, dan tidak berlaku perkara yang dilarang Syariat kerana melakukannya.”

Dan beliau juga menyebut:

وأما البدع المستقبحة فهي التي أردنا نفيها بهذا الكتاب وإنكارها وهي : كل ما كان مخالفا للشريعة أو ملتزما لمخالفتها وذلك منقسم إلى محرم ومكروه ويختلف ذلك باختلاف الوقائع وبحسب ما به من مخالفة الشريعة تارة ينتهي ذلك إلى ما يوجب التحريم وتارة لا يتجاوز صفة كراهة التتريه.

“Dan manakala bid’ah-bid’ah yang dipandang keji [oleh Syarak], maka ia adalah perkara-perkara yang kami ingin nafikannya/ menolaknya dan mengingkarinya dengan kitab ini ialah:

Setiap sesuatu perkara yang bertentangan dengan Syariat atau menyebabkan pertentangan dengannya.

Dan perkara itu terbahagi kepada (bid’ah) yang haram dan makruh.

Dan hal itu berbeza dengan berbezanya keadaan dan berdasarkan (sebanyak mana) ia mengandungi sesuatu [elemen] yang bertentangan dengan Syariat.

Ada masanya ia sampai kepada apa yang mewajibkan pengharamannya dan ada masanya ia tidak melebihi sifat kedudukan[nya] yang makruh tanzīhī [tanpa dosa]."

Nota:

Al-Imām Abū Shāmah al-Maqdisī (w.665H) adalah salah seorang ulama’ yang menjawat jawatan Mashyakhat Dār al-Ḥadīth al-Ashrafiyyah (pusat ilmu hadis paling berpengaruh dalam sejarah Islam) di Damsyik, Mashyakhat al-Iqrāʾ di al-Turbah al-Ashrafiyyah, guru kepada al-Imām al-Nawawī dan merupakan tokoh besar ilmu Islam yang mempelajari ilmu daripada tokoh-tokoh besar ulama’ dalam pelbagai disiplin ilmu Islam seperti al-Imām ʿAlām al-Dīn al-Sakhāwī, al-Imām al-Ḥāfiẓ al-Kabīr Ibnu ʿAsākir, al-Imām Sulṭān al-ʿUlamāʾ ʿIzz al-Dīn bin ʿAbd al-Salām dan al-Imām Sayf al-Dīn al-Āmidī.

PENUNTUT ILMU

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1003881084857076

0 Comment "Kitab: Bid'ah Hasanah Menurut Huraian Ulama' Ummah (2024)"

Post a Comment

Thank you for your comments