Suatu penjelasan hukum syara' berkenaan Nasab (pertalian kekeluargaan) hasil daripada perhubungan luar nikah.




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)


بسم الله الرحمن الرحيم

🌸 هذا حكم في بيان النسب من الزنا 🌸

Suatu penjelasan hukum syara' berkenaan Nasab (pertalian kekeluargaan) hasil daripada perhubungan luar nikah.

Teks-teks Syara' pada menyatakan hukum demikian :

ما نصه في إحكام الأحكام لإبن الدقيق العيد :

أن النسبَ لا يثبتُ بالزنا, وهذا قولُ جمهور فقهاء المسلمين من المذاهب الأربعة ومذهب الظاهرية...

Sebagaimana dinukilkan dalam Ihkamul Ahkam bagi Al-imam Daqie'qil Eid rahimahulloh ; bahwa sanya Jumhur Ulama' daripada As-syafie'yyah, Malikiyyah, Hanafiyyah mahupun Hanabilah menukilkan adalah tidak ditsabitkan nasab si anak hasil daripada perhubungan luar nikah, bahkan Mazhab Daud Zahiri juga menyatakan demikian.

الأدلةُ الجمهور :

استدلَ الجمهورُ على عدمِ جوازِ ثـبـوت نسبِ ولـدِ الـزنـا مـن الـزاني إذا ادعاه, بأدلةٍ من النقل...

Pendalilan syara' disebalik nukilan Jumhur Ulama tersebut berdasarkan Dalil-dalil Naqal daripada Al-quran dan As-sunnah ;

ما ثبتَ في الصحيحين - واللفظُ للبخاري - قال :«حدثنا يحيى بن قزعة حدَّثنا مالكٌ عن ابنِ شهابٍ عن عروةَ ابنِ الـزبير عن عائشةَ رضي الله عنها قالت: كان عتبة بن أبي وقاص عهد إلى أخيه سعد بن أبي وقاص أن ابن وليدة زمعة مني فاقبضه قالت فلما كان عامُ الفتحِ أخذه سعدُ بنُ أبي وقاصٍ وقال: ابن أخي قد عهد إلي فيه فقام عبد بن زمعة فقال أخي وابن وليدة أبي ولد على فراشه فتساوقا إلى النبي ﷺ فقال سعد يا رسول الله ابن أخي كان قد عهد إلي فيه . فقال عبد بن زمعة أخي وابن وليدة أبي ولد على فراشه .

فقال رسول الله ﷺ (هو لك يا عبد بن زمعة).

ثم قال النبي ﷺ (الولد للفراش وللعاهر الحجر) أو كما قل.»...

Sebagaimana telah ditakrijkan dalam As-sohihain yakni Sohih Bukhari dan Sohih Muslim dengan mafhumnya telah diriwayatkan daripada Yahya Bin Qaz'ah daripada Malik daripada Ibnu Syihab daripada Urwah Bin Zubair daripada Sayyidah A'isyah radhiallahuAnha telah berkata bahwa sanya U'tbah Bin Abi Waqas telah berjanji kepada suadaranya Sayyidina Sa'ad Bin Abi Waqas bahwa sanya anak daripada Zam'ah itu adalah hasil perhubungan daripada aku (U'tbah Bin Abi Waqas), maka telah bersabda Sayyidina Nabi ShallahuAlaihiwasallam bagi U'tbah Bin Abi Waqas adakah ini anaknya Zam'ah, lalu bersabda baginda shallahuAlaihiwasallam lagi, “Anak itu dinasabkan kepada suami yang sah sahaja, manakala bagi yang berzina adalah baginya hukuman rejam dengan batu...”

وجه الدلالة:

Huraian para Ulama berkenaan pendalilan nas ini :

١.  قال ابنُ عبد البر في التمهيد (حديثُ الولد للفراش وللعاهر الحجر) من أصح ما يروى عن النبي ﷺ....

1. Telah berkata Al-imam Ibnu Abdi Barr rahimahulloh dalam At-tamhiid bahwa sanya hadis riwayat Sayyidatina Aisyah radhiallahuAnha ini adalah yang paling sohih diriwayatkan daripada sabda baginda nabi shallahuAlaihiwasallam...

٢. ما نصه في الأم : ( لا يجوز إستلحاق ولد الزنا مطلقاً سواء أمكن نسبته إليه من حيث السن أو لا، وسواء كان المُستلحق هو الواطئ أو لا)...

2. Sebagaimana telah dinukilkan dalam Al-uum bagi Imamuna Syafie rahmatullah Alaih : Adalah tidak harus (haram) menghubung-kaitkan nasab anak hasil daripada perhubungan luar nikah dengan si bapanya yang tidak sah sama ada ia mencapai tahap kecerdasan tertentu ataupun tidak, bahkan sama ada si bapa itu adalah si penzina yang melakukan perhubungan tersebut (tanpa akad nikah yang sah) ataupun tidak sebagaimana dakwaan tersebut...

٣. ما نصه في المغني المحتاج وحواشي الشرواني على تحفة المحتاج وروضة الطالبين لأبي زكريا النووي وبدائع الصنائع للإمام الكاساني وحاشية إبن عابدين وبداية المجتهد ونهاية المقتصد لمحمد بن رشد الحفيد رحمهم الله قال :( وولد الزنا لا يلحقُ الزانــي في قول الجمهور من العلماء)...

3. Sebagaimana telah disebut dalam Mughni Muhtaj, Hawasyi Al-imam Syarwaniyy Ala Tuhfatul Muhtaj dan Raudhoh Tholibin bagi Al-imam Abi Zakariyya An-nawawi (Ashabul Syafi'eyyah), Bada'iu As-sana'ie bagi  Al-imam Al-kaasaaniyy dan Hasyiyah Ibnu Aabidin (Ashabul Hanafiyyah) dan menukilkan ijma' ulama dalam Bidayah Mujtahid Wal Nihayatul Muqtasiid baki daripada Imam-imam Mazhab rahimahumullah ajmain :
Adapun anak hasil daripada perhubungan luar nikah tersebut adalah sama sekali tidak harus (haram) dihubungkaitkan nasabnya dengan si bapa (penzina) yang tidak sah dan ini dipegangi oleh Jumhur Para Ulama'.

Sebagai kesimpulan daripada nukilan para ulama yang muktabar ini berkenaan status anak luar nikah (nasab), Al-faqer sukacita ingin kongsikan garapan menarik yang dapat menjadi pedoman buat semua kaum muslimiin dan muslimat :

يقول الشاه الدهلوي في حجة الله البالغة : إعلم أن النسب أحد الأمور التي جبل على محافظتها البشر, فلن ترى إنسانا في الأقاليم الصالحة لنشء الناس إلا وهو يحب أن يُنسب إلى أبيه وجده....

Telah berkata Maulana Syah Waliyullah Ad-dehlawi rahimahulloh dalam kitabnya Hujjatullah Al-baalighoh : Ketahuilah oleh mu wahai kaum muslimiin antara salah satu perkara yang wajib oleh mu memelihara akan ia sebagai insan yang sejahtera adalah nasab (keturunan), maka aku tidak melihat sedikitpun daripada pelusuk ummat manusia sejagat yang sejahtera bahwa sanya mereka menyukai jika dinasabkan kepada bapa yang melahirkanya dan kepada datuknya, maka pelihara oleh mu keturunan (nasab) mu itu...

Wallahua'lam...
IbnuQassem@Salafytobat93


USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Suatu penjelasan hukum syara' berkenaan Nasab (pertalian kekeluargaan) hasil daripada perhubungan luar nikah."

Post a comment

Thank you for your comments