Hadith Menyebut Najd di Saudi atau Najd di Iraq





Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith

Soalan:


boleh tahu pandangan ustaz khafidz dan ustaz2 bidang hadith yg lain mengenai hadith bukhari yg menyebut mengenai tempat bernama Najd.. adakah yg dimaksudkan nabi adalah Najd di Saudi atau Najd di Iraq? terima kasih


Jawapan Ustaz Muslim:

Tentang Najd dalam hadis Bukhari, adakah ia merujuk kepada Iraq atas dasar ia tanah tinggi dan berada di timur madinah atau merujuk kepada sebuah tempat yang bernama Najd di Arab Saudi? Khilaf ulama. Menurut Maulana Taqi Uthmani dalam syarah sahih Muslim (تكملة فتح الملهم) :

ﻭﺗﻜﻠﻢ ﺍﻟﻌﻠﻤﺎﺀ ﻓﻲ ﻣﺎﻫﻮ ﺍﻟﻤﺮﺍﺩ ﻣﻦ ﺟﻬﺔ ﺍﻟﺸﺮﻕ .
ﻓﻘﺎﻝ ﺃﻛﺜﺮﻫﻢ : ﺇﻥ ﺍﻟﻤﺮﺍﺩ ﺑﻬﺎ ﻧﺠﺪ .
ﻭﻗﺎﻝ ﺑﻌﻀﻬﻢ : ﺇﻥ ﺍﻟﻤﺮﺍﺩ ﻣﻨﻬﺎ ﺍﻟﻌﺮﺍﻕ

'ulama telah membincangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan sebelah timur.
Kebanyakan mereka berkata : yang dimaksudkan dengannya ialah Najd.
Setengah mereka berkata : yang dimaksudkan dengannya ialah Iraq'

Terdapat pandangan lain bahawa hadis tersebut merangkumi Najd Saudi dan Iraq. Wallahualam

Note : pendapat lajnah fatwa Arab Saudi cenderung kepada Najd Di Arab Saudi, tempat berlaku fitnah musailamah dan murtad. Link fatwa di bawah :

http://www.alifta.net/fatawa/fatawaDetails.aspx?View=Page&PageID=830&PageNo=1&BookID=3

Tambahan Ustaz
 محمد حافظ سوروني:

الحمد لله
Ya najd d belahan timur trmasuk iraq & najd arab saudi. Mrk yg mnafikan tidak trmasuk najd arab saudi adalah tidak tepat & hanya sekadar utk melepas diri...

Kecelaruan umat islam seluruh dunia hari ini datang dr siapa? Hingga org2 awam bisa menegur alim ulama kononnya brbuat bidaah, org2 awam tidak mahu lagi percaya & ikut alim ulama.. apa dah jadi? Dunia sudah trbalik...

Org2 awam yg mngikut mrk ini berfikir mrk tlh berpindah drp salah kpd benar, drp bidaah kpd sunnah, drp palsu kpd sahih... walhal mrk hanya berpindah drp satu manhaj kpd satu manhaj yg lain shj...

Dlm masa yg sama ketika umat islam disibukkan dgn soal2 remeh, golongn2 mnyimpang spt syiah, anti hadis, liberal, sekular, ajaran2 sesat dll terus berkembang.. والله المستعان

Justeru percayalah pd alim ulama aswj serta terus beristiqamah dan bersabar.. jika sampai masa panggilan jihad yg hakiki syar'ie ijma'ie kita sudah pun bersedia..


Tambahan Ustaz Zulhasni Mat Resat:

Waalaikumsalam...hadis tentang Najd tersebut dijelaskan dengan baik dalam blog ini:

1. https://blogtraditionalislam.wordpress.com/2009/02/06/hadith-najd-kebenaran-yang-digeruni-dan-pembohongan-fakta/

2. https://akarimomar.wordpress.com/2014/10/06/hadith-najd-meneliti-kembali-dari-perspektif-fakta-terkini/

Wallahu a'lam.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Hadith Menyebut Najd di Saudi atau Najd di Iraq"

Post a comment

Thank you for your comments