Ibubapa Yang Belum Aqiqahkan Dirinya Tapi Mahu Aqiqahkan Anak





Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Assalamualaikum..
🔴Soalan:

adakah benar..sebelum mengaqiqahkan anak
Perlu aqiqah kan bapa dulu..diikuti ibu ?
Adakah perlu mengikuti turutan keluarga yg pling tua

🔴Jawapan Kami:

Sesetengah ulama syafie beranggapan aqiqah yang melepasi hari ke 7 sudah d anggap qadha.  Namun selepas tersebut, itu pendapat yg dipilih ialah jangan sampai akikah melepasi tempoh nifas, atau tempoh menyusu, atau tidak melepasi umur 7 tahun, atau tidak melepasi baligh, Apa pun tuntutan sunat melakukan akikah juga sehingga sebelum mati. Cuma setelah baligh,  tuntutan aqiqah sudah beralih drp penjaga kpd diri org itu sendiri utk mengaqiqahkan diri sendiri. Hujah mereka kerana Rasulullah SAW mengakikahkan diri baginda selepas dilantik Allah menjadi Nabi.
(Kifayah al akhyar: ms 150/ i’anah tolibin: ms 336)

Maka mana2 penjaga yg belum aqiqahkan dirinya, tetap d tuntut untuk  menunaikan akikah anaknya pada hari ketujuh jika mampu. Jika tidak penjaga masih boleh mengakikahkan anaknya pada masa2 pilihan seperti yang disebutkan diatas. Sekali pun penjaga tersebut sendiri masih belum mengakikahkan dirinya sendiri.

Upama seseorang yang masih mempunyai solat qadha, tetap dituntut untuk menunaikan solatnya yang tunai  dalam waktunya, sekali pun solat qadhanya masih belum kehabisan.
Manakala utk ibu dan ayah yang sudah meninggal dunia tanpa sempat mengakikahkan diri sendiri, jika diwasiatkan kpd anak2 supaya membuat akikah utk mereka, bolehlah dibuat akikah tersebut utk si mati, jika tidak, tidak boleh dibuat akikah tersebut.

Wallahu a’lam

Oleh Ustaz @AzizKanun


USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Ibubapa Yang Belum Aqiqahkan Dirinya Tapi Mahu Aqiqahkan Anak"

Post a Comment

Thank you for your comments