Bila Waktunya Sujud Tilawah






Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

🔴Soalan:

assalamualaikum, bagaimana solat berjamaah, yang imamnya membaca ayat tilawah dan dia sujud, bukan pada subuh hari jumaat

✅Jawapan kami.

Wa alaikum salam.

Sunat Sujud tilawah tidak terbatas kepada solat Subuh pagi Jumaat sahaja. Sunat melakukan sujud sajdah apabila membaca ayat yang mengandungi Sajdah.

هو سنة للقاريء سواء كان في الصلاة أم لا.


Maksudnya: Sujud Sajdah itu sunnah bagi yang membaca samada dia dalam solat ataupun tidak.

Bagi makmum wajib mengikuti imamnya sekiranya imam sujud sajdah & wajib makmum meninggalkan sujud sajdah jika imam meninggalkan sujud sajdah.

وهو واجب على المأموم إن سجد إمامه ويجب عليه الترك إن ترك الإمام، وإلا بطلت صلاته في الحالتين.

Maksudnya: Sujud sajdah itu wajib ke atas makmum jika imamnya sujud, dan wajib bagi makmun meninggalkan sujud jika imamnya meninggalkan, jika tidak batallah solatnya dalam dua (2) keadaan ini.

(Fiqh Ibadat Hajjah Durriah)

Wallahua'lam

Oleh Ustaz @AyyuziAl-Usim

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Bila Waktunya Sujud Tilawah"

Post a Comment

Thank you for your comments