KEMULIAAN RASULULLAH DI DALAM AL-QURAN
Surah Al-Sharḥ: (Ayat 1)
Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berfirman:
(( أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ))
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu [wahai Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم?] [dan Kami mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk]?.”
Maksud “melapangkan dada” di sini ialah:
melapangkannya dengan nūr [kurniaan] Ilāhī agar menjadi luas dan lapang untuk bermunajat dengan Allah dan berdakwah kepada sekalian makhluk; lalu dengan ini ia (dada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم yang mulia) menjadi tempat turunnya rahmat-rahmat Allah dan tumbuhnya barakah-barakah yang banyak.
* * * * * *
Diriwayatkan bahawa dada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم yang mulia telah dibelah dan disucikan sebanyak empat (4) kali.
Pertama: Ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم di bawah jagaan Saidatina Ḥalīmah al-Saʿdiyyah رضي الله عنها dan berumur sekitar tiga (3) atau empat (4) tahun. Saidina Jibrīl عليه السلام telah mendatangi Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan membelah dada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم serta mengeluarkan jantung Baginda صلى الله عليه وآله وسلم lalu Dia membersihkannya, menyucikannya dan mengisinya dengan ilmu dan keimanan. Setelah itu, Dia mengembalikannya semula seperti biasa.
Hikmahnya ialah agar Baginda صلى الله عليه وآله وسلم membesar di atas sebaik-baik keadaan dan tidak melakukan perkara sia-sia seperti kanak-kanak yang lain.
Kedua: Ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mencapai umur sepuluh (10) tahun.
Hikmahnya ialah agar Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mencapai usia baligh dan membesar dengan akhlak-akhlak yang terindah dan terbaik.
Ketiga: Ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dibangkitkan menjadi Nabi dan Rasul صلى الله عليه وآله وسلم (sekitar umur empat puluh (40) tahun).
Hikmahnya ialah agar Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersedia untuk menerima dan menanggung wahyu Al-Quran dan ilmu-ilmu yang akan dikurniakan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.
Keempat: Ketika malam Isrā’ dan Miʿrāj (sekitar umur lima puluh satu (51) tahun).
Hikmahnya ialah agar Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersedia untuk bertemu dengan penduduk di al-Mala’ al-Aʿlā (alam yang tinggi) [daripada kalangan malaikat] dan bermunajat dengan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى serta bermushāhadah terhadap-Nya.
Maka, dengan keempat-empat peristiwa pembelahan dada yang dilakukan dan dikurniakan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم tersebut, ia adalah merupakan tambahan dan kesempurnaan ke atas penyucian dan pembersihan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم [yang telah sedia suci dan terpelihara].
Dengan ini, maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjadi insan yang kāmil (sempurna), mukāmmal (disempurnakan) dan mukammil (menyempurnakan) dan pada hakikatnya:
لا يعلم قدره غير ربه
“Tiada sesiapapun yang mengetahui kemuliaan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم melainkan Tuhan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم (Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى).”
Rujukan: [Ḥashiyat al-Ṣāwī ʿalā Tafsīr al-Jalālayn, Jilid 4/4, muka surat 516].
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/819253666653153
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
KEMULIAAN RASULULLAH DI DALAM AL-QURAN
Surah Al-Sharḥ: (Ayat 1)
Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berfirman:
(( أَلَمْ نَشْرَحْ لَ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "KEMULIAAN RASULULLAH DI DALAM AL-QURAN Surah Al-Sharḥ: (Ayat 1) Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berfirman: (( أَلَمْ نَشْرَحْ لَ..."
Post a Comment