Surah Al-Ikhlas Me“wajib”kan Syurga Dengan fadilat surah al-Ikhas yang begitu besar ini, maka tidak hairanlah para ulama’ menganjurkan hadia...
Read More
Home
Archive for January 2020
Surah Al-Ikhlas Menyamai Satu Pertiga al-Quran # Di antara dalil amalan Tahlil – Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali bagi mendapatkan pahala seumpama khatam al-Qur’an. Mazhab Shafie menganjurkan khatam al-Qur’an di sisi kubur orang yang telah wafat. ------------------------------------------------------------------ Imam al-Nawawi berkata: قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ: وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُقْرَأَ عِنْدَهُ شَيْءٌ مِنَ القُرآنِ، وَإنْ خَتَمُوا القُرآنَ عِنْدَهُ كَانَ حَسَنًا “(Imam) al-Shafie – rahimahullah – berkata: Dan disunatkan agar dibaca di sisinya (kubur) si mati sesuatu daripada al-Qur’an, dan sekiranya mereka mengkhatamkan al-Qur’an di sisinya (kuburnya), maka ia adalah suatu yang baik.” R: (al-Nawawi (676H), 2001 - Riyad al-Salihin), Bab 161: (باب الدعاء للميت بعد دفنه والقعود عند قبره ساعة للدعاء لَهُ والاستغفار والقراءة), No. 947, p. 284.
Surah Al-Ikhlas Menyamai Satu Pertiga al-Quran # Di antara dalil amalan Tahlil – Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali bagi mendapatkan pa...
Read More
Pahala Bagi Setiap Satu Langkah Bagi Orang Yang Bersuci di Rumahnya dan Pergi ke Masjid Bagi Menunaikan Solat Fardu Daripada Abu Hurayrah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang bersuci (berwudu’) di rumahnya, kemudian dia berjalan menuju ke sebuah rumah (masjid) daripada rumah-rumah Allah bagi menunaikan satu kefarduan (solat) daripada kefarduan-kefarduan (solat yang diperintahkan) Allah SWT: (maka) langkah-langkahnya itu, salah satunya menghapuskan satu kesalahan dan (langkah) yang lain pula mengangkat satu darjat.”
Pahala Bagi Setiap Satu Langkah Bagi Orang Yang Bersuci di Rumahnya dan Pergi ke Masjid Bagi Menunaikan Solat Fardu Daripada Abu Hurayrah RA...
Read More
Rasulullah ﷺ Mengajarkan Para Sahabat r.anhum Doa Nabi Musa AS Ketika Menyeberangi Laut Merah [Teks penuh]
Rasulullah ﷺ Mengajarkan Para Sahabat r.anhum Doa Nabi Musa AS Ketika Menyeberangi Laut Merah [Teks penuh] (Feed generated with FetchRSS...
Read More
Rasulullah ﷺ Mengajarkan Para Sahabat r.anhum Doa Nabi Musa AS Ketika Menyeberangi Laut Merah
Rasulullah ﷺ Mengajarkan Para Sahabat r.anhum Doa Nabi Musa AS Ketika Menyeberangi Laut Merah (Feed generated with FetchRSS ) source h...
Read More
Cadangan Wirid 3 Qul Selepas Solat Fardu Selama Seminggu Berdasarkan hadith dan athar di atas, maka penulis mencadangkan agar 3 Qul (surah al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah Al-Nas) dijadikan wirid setiap kali selepas solat fardu dengan bilangan 1 kali atau 3 kali atau 7 kali seperti jadual di bawah: .......................... Jadikanlah 3 Qul sebagai wirid selepas solat fardu.
Cadangan Wirid 3 Qul Selepas Solat Fardu Selama Seminggu Berdasarkan hadith dan athar di atas, maka penulis mencadangkan agar 3 Qul (surah a...
Read More
Di antara Amalan Yang Menghapuskan Dosa: Mengucapkan “Amin” Bersama Imam Daripada Abu Hurayrah RA, beliau meriwayatkan sesungguhnya Nabi ﷺ bersabda: “Apabila Imam (di dalam solat berjemaah) menyebut “amin”, maka hendaklah kamu semua juga menyebut “amin”. Sesungguhnya barangsiapa yang bersepakat ta’minnya dengan ta’min para malaikat (dari sudut masa atau keikhlasan), diampunkan baginya apa yang terdahulu daripada dosa-dosanya.” *Antara motivasi bagi solat berjemaah.
Di antara Amalan Yang Menghapuskan Dosa: Mengucapkan “Amin” Bersama Imam Daripada Abu Hurayrah RA, beliau meriwayatkan sesungguhnya Nabi ﷺ b...
Read More
Honouring One’s Parents is one of the Main Islamic Virtues It is narrated on the authority of ‘Abdullah Ibn ‘Amr (may Allah be pleased with them both), who said: “A man came to the Prophet ﷺ and asked for his permission to undertake jihad. The Prophet ﷺ asked him: Are your parents still alive? The man answered: Yes. The Prophet ﷺ, then, said: Perform your jihad towards them (Strive to serve your parents first).”
Honouring One’s Parents is one of the Main Islamic Virtues It is narrated on the authority of ‘Abdullah Ibn ‘Amr (may Allah be pleased with ...
Read More
Berbakti kepada Ibu Bapa adalah di antara Kebajikan Yang Paling Utama Daripada ‘Abdullah Bin ‘Amr r.anhuma, beliau berkata: “Seorang lelaki telah datang kepada Nabi ﷺ dan meminta keizinan Baginda ﷺ untuk berjihad. Baginda ﷺ bersabda: Adakah kedua-dua ibu bapamu masih hidup?. Dia menjawab: Ya. Maka Baginda ﷺ pun bersabda: Berjihadlah (bersungguh-sungguhlah kamu berbakti) pada mereka berdua.”
Berbakti kepada Ibu Bapa adalah di antara Kebajikan Yang Paling Utama Daripada ‘Abdullah Bin ‘Amr r.anhuma, beliau berkata: “Seorang lelaki ...
Read More
Sedekah Satu (1) Dirham Yang Mengalahkan Sedekah Seratus Ribu (100,000) Dirham: Sedikit Tetapi Banyak Di Sisi Allah SWT Daripada Abu Hurayrah RA, beliau meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: “Satu (1) dirham telah mendahului seratus ribu (100,000) dirham. Mereka (para sahabat r.anhum) bertanya: Dan bagaimanakah itu?. Baginda ﷺ menjawab: Ada seorang lelaki yang hanya memiliki dua dirham, lalu dia bersedekah dengan salah satu daripadanya. Manakala, ada seorang lelaki (yang lain pula) pergi ke sudut hartanya (yang sangat banyak), lalu dia mengambil seratus ribu dirham dan bersedekah dengannya.”
Sedekah Satu (1) Dirham Yang Mengalahkan Sedekah Seratus Ribu (100,000) Dirham: Sedikit Tetapi Banyak Di Sisi Allah SWT Daripada Abu Hurayra...
Read More
Orang Yang Paling Lemah adalah Orang Yang Tidak Berdoa Daripada Abu Hurayrah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Orang yang paling lemah ialah orang yang lemah untuk berdoa, dan orang yang paling bakhil ialah orang yang bakhil untuk memberi/menjawab salam.” Di antara tujuan utama berdoa adalah menzahirkan kefaqiran seorang hamba kepada Tuhannya - Allah SWT.
Orang Yang Paling Lemah adalah Orang Yang Tidak Berdoa Daripada Abu Hurayrah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Orang yang paling l...
Read More
Solat Yang Tidak Dipelihara Rukunnya adalah Solat Yang Rosak dan Merosakkan Kesempurnaan Islam Daripada Abu ‘Abdillah al-Ash’ari RA, beliau meriwayatkan bahawa: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan rukuknya, serta mematuk tanah (gopoh) di dalam sujudnya ketika bersolat. Baginda ﷺ bersabda: Sekiraanya dia wafat di atas keadaan solat yang sebegitu, maka dia mati di atas selain agama (Nabi) Muhammad ﷺ. Kemudian Baginda ﷺ bersabda lagi: Perumpamaan seorang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk tanah (gopoh) di dalam sujudnya adalah seperti orang lapar yang hanya memakan sebiji atau dua biji buah tamar, ia tidak mampu mencukupkan keperluannya sedikit pun.” *Jangan hanya cukup dengan melakukan solat, tetapi pastikan solat yang dilakukan memenuhi syarat-syarat sah rukun solat. Dan tiada jalan untuk menyempurnakan syarat-syarat sah solat melainkan dengan mempelajarinya secara sempurna berasaskan mazhab yang muktabar (di Malaysia - mazhab Shafie).
Solat Yang Tidak Dipelihara Rukunnya adalah Solat Yang Rosak dan Merosakkan Kesempurnaan Islam Daripada Abu ‘Abdillah al-Ash’ari RA, beliau ...
Read More
Solat Tanpa Memelihara Rukun dan Syarat Sah Solat Merosakkan Kesempurnaan Islam dan Dikira Seumpama Tidak Bersolat “Huzayfah (Ibn al-Yaman) RA telah melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya (di dalam solat). Beliau berkata (kepada lelaki tersebut): Engkau (masih) belum bersolat, dan sekiranya engkau wafat (dengan solat sebegini), maka engkau wafat di atas selain daripada fitrah yang telah Allah fitrahkan (Nabi) Muhammad ﷺ di atasnya.” *Jangan ambil mudah syarat sah rukun-rukun solat.
Solat Tanpa Memelihara Rukun dan Syarat Sah Solat Merosakkan Kesempurnaan Islam dan Dikira Seumpama Tidak Bersolat “Huzayfah (Ibn al-Yaman) ...
Read More
Selawat 3 kali di Waktu Pagi dan Petang & 100 kali di Malam atau Siang Jumaat – Mawlana al-Imam al-Shaykh Khalid al-Naqshabandi Dan beliau menganjurkan para muridnya untuk membaca selawat di bawah ini sebanyak tiga kali pada setiap pagi dan petang serta sebanyak 100 kali pada siang hari Jumaat atau malamnya.
Selawat 3 kali di Waktu Pagi dan Petang & 100 kali di Malam atau Siang Jumaat – Mawlana al-Imam al-Shaykh Khalid al-Naqshabandi Dan beli...
Read More
Selawat Jāmiʿah Setiap kali Selepas Solat Fardu – Mawlana al-Imam al-Shaykh Khalid al-Naqshabandi Shaykh mashayikhina al-Imam al-Shaykh Qutb al-Irshad Hadrah Mawlana Khalid al-Naqshabandī al-ʿUthmānī al-Kurdī menganjurkan para muridnya membaca selawat yang jāmiʾ seperti di bawah selepas setiap solat fardu. Selawat ini merupakan himpunan lafaz-lafaz selawat yang mengumpulkan pelbagai riwayat hadith, athar dan amalan para ulama’ berkenaan amalan selawat di dalam satu susunan yang jāmiʿ (komprehensif).
Selawat Jāmiʿah Setiap kali Selepas Solat Fardu – Mawlana al-Imam al-Shaykh Khalid al-Naqshabandi Shaykh mashayikhina al-Imam al-Shaykh Qutb...
Read More
Orang Yang Selalu/Sering Berulang-alik ke Masjid adalah Orang Yang Beriman
Orang Yang Selalu/Sering Berulang-alik ke Masjid adalah Orang Yang Beriman (Feed generated with FetchRSS ) source https://www.facebook...
Read More
Keistimewaan Tiga Masjid Utama: (i) Masjid al-Ḥarām, (ii) Masjid Nabawi dan (iii) Masjid al-Aqṣā Daripada Abu Saʿid al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak [patut/perlu] ditempuh perjalanan yang sukar [untuk ke mana-mana masjid kerana kemuliaannya adalah sama] melainkan ke tiga buah masjid: (i) Masjid al-Ḥarām, (ii) Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan (iii) Masjid al-Aqṣā.”
Keistimewaan Tiga Masjid Utama: (i) Masjid al-Ḥarām, (ii) Masjid Nabawi dan (iii) Masjid al-Aqṣā Daripada Abu Saʿid al-Khudri RA, beliau ber...
Read More
Jangan Sesekali Mendoakan Keburukan ke atas Diri Sendiri, Anak-anak, Khadam dan Harta Pengajaran: Sentiasalah mendoakan kebaikan terhadap diri sendiri, anak-anak dan milik kita walaupun di saat kemarahan dan jangan sekali-kali mendoakan keburukan terhadap diri sendiri dan mereka walaupun di dalam saat kemarahan kerana ditakuti menepati waktu yang mustajab, lalu keburukan tersebut menimpa dan menjadi realiti. Sebab Rasulullah ﷺ bersabda demikian adalah kerana seorang lelaki telah melaknat binatangnya yang digunakan untuk mengangkat air.
Jangan Sesekali Mendoakan Keburukan ke atas Diri Sendiri, Anak-anak, Khadam dan Harta Pengajaran: Sentiasalah mendoakan kebaikan terhadap di...
Read More
Luka’ Bin Luka’ adalah Orang Yang Paling Bahagia dengan Dunia ini Sebelum Kiamat Al-San’ani menyatakan di dalam al-Tanwir bahawa: أي: حتى تصير الدنيا ، من مالها ورياستها وجاهها ، للكع ابن لكع، أي يصير رؤوس الناس اللئام ، لحقارة شأنها عند الله تعالى، ولأنه يقل الكرام ، وتغلب اللئام، وهو من أعلام النبوة “ sehingga dunia ini, dari hartanya, kekuasaannya dan kemegahannya dimiliki oleh Luka’ Bin Luka’, iaitu ketua-ketua masyarakat adalah dari kalangan orang-orang yang hina lantaran hinanya kedudukan [dunia] di sisi Allah, serta kerana sedikitnya orang-orang yang mulia, dan banyaknya orang-orang yang hina, dan ini adalah di antara tanda-tanda Kenabian [yang telah diberitahu oleh Rasulullah ﷺ].”
Luka’ Bin Luka’ adalah Orang Yang Paling Bahagia dengan Dunia ini Sebelum Kiamat Al-San’ani menyatakan di dalam al-Tanwir bahawa: أي: حتى تص...
Read More
4.0 Memelihara Niat dalam Menuntut Ilmu “Barangsiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang sepatutnya dituntut untuk mendapatkan keredaan Allah, (akan tetapi) dia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapatkan sesuatu habuan daripada dunia, (maka) dia tidak akan mendapatkan bau syurga pada Hari Kiamat kelak [sedangkan bau syurga itu boleh didapati sejauh tujuh puluh/ empat puluh/ seratus tahun perjalanan].”
4.0 Memelihara Niat dalam Menuntut Ilmu “Barangsiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang sepatutnya dituntut untuk mendapatkan keredaan Allah...
Read More
Fadilat Menziarahi Kubur Ibu Bapa atau Salah Seorang Daripadanya Pada Hari Jumaat *(al-Haythamī (807H), 1994 - Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-Fawāʾid), No. 4312 (60/3) dan beliau berkata: (رَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الْأَوْسَطِ وَالصَّغِيرِ، وَفِيهِ عَبْدُ الْكَرِيمِ أَبُو أُمَيَّةَ، وَهُوَ ضَعِيفٌ.). Imam al-Suyuti meletakkan hadith ini di dalam Nur al-Lum'ah fi Khasa'is al-Jumu'ah, No. 193 dan beliau menyatakan bahawa ia diriwayatkan oleh al-Hakim al-Tirmidhi di dalam Nawadir al-Usul dan al-Tabarani di dalam al-Awsat *Hadith ini juga diriwayatkan secara mursal daripada Muhammad Bin al-Nu’man (thiqah) dengan para perawi yang thiqah dan saduq di: (al-Bayhaqī (458H), - Shuʿab al-Imān), No. 7901 dan (Ibn Abi al-Dunya (281H), - Makarim al-Akhlaq), No. 249. Anjuran menziarahi kubur secara umum telah thabit dengan hadith-hadith yang sahih. (والله أعلم وعلمه أتم) Sedikit faedah dari sudut bahasa: Ism Fael bagi برَّ boleh بارّ dan بَرّ .
Fadilat Menziarahi Kubur Ibu Bapa atau Salah Seorang Daripadanya Pada Hari Jumaat *(al-Haythamī (807H), 1994 - Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ a...
Read More
Rasulullah ﷺ Memerintahkan Agar Kita Memperbanyakkan Selawat pada Malam dan Siang Jumaat *Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa kadar minimum bagi “banyak” adalah tiga ratus (300) dan sebahagian pula menyatakan kadar minimumnya adalah tujuh ratus (700). Anjuran memperbanyakkan selawat pada malam dan siang Jumaat telah datang dalam begitu banyak hadith Rasulullah ﷺ dan jalan riwayat yang pelbagai. Selawat adalah antara amalan yang paling istimewa dan sangat ditekankan pada malam dan siang Jumaat. Pada amalan Selawat di hari Jumaat terhimpun “Sayyid al-Ayyam” - Jumaat, “Sayyid al-Mursalin wa al-Makhluqat” – Rasulullah ﷺ dan “al-Sayyid al-Haqiqi” – Allah SWT.
Rasulullah ﷺ Memerintahkan Agar Kita Memperbanyakkan Selawat pada Malam dan Siang Jumaat *Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa kadar minimum ...
Read More
Orang Yang Tidak Menyempurnakan Rukun Solatnya adalah Seburuk-buruk Pencuri (Pencuri Solat)
Orang Yang Tidak Menyempurnakan Rukun Solatnya adalah Seburuk-buruk Pencuri (Pencuri Solat) (Feed generated with FetchRSS ) source htt...
Read More
Memohon Amalan dan Akhlak Yang Baik dan Meminta Perlindungan Dari Amalan dan Akhlak Yang Buruk *Doa ini sangat wajar dibaca oleh seseorang yang mahu memperbaiki amalan dan akhlaknya terutama apabila dia mendapati dia mempunyai amalan-amalan dan akhlak-akhlak buruk yang telah menjadi tabiatnya.
Memohon Amalan dan Akhlak Yang Baik dan Meminta Perlindungan Dari Amalan dan Akhlak Yang Buruk *Doa ini sangat wajar dibaca oleh seseorang y...
Read More
Memohon Akhlak Yang Baik dan Meminta Perlindungan Dari Akhlak Yang Buruk *Doa ini sangat wajar dibaca oleh seseorang yang mahu memperbaiki akhlaknya terutama apabila dia mendapati dia mempunyai akhlak-akhlak buruk yang telah menjadi tabiatnya.
Memohon Akhlak Yang Baik dan Meminta Perlindungan Dari Akhlak Yang Buruk *Doa ini sangat wajar dibaca oleh seseorang yang mahu memperbaiki a...
Read More
Rasulullah ﷺ Sering Keluar ke Perkuburan Baqi’ dan Mendoakan Mereka Yang Dikebumikan Di Sana Imam al-Nawawi menyebut di dalam Sharh Sahih Musim: وَفِي هَذَا الْحـَدِيثِ دَلِيلٌ لِاسْتِحْبَابِ زِيَارَةِ الْقُبُورِ وَالسَّلَامِ عَلَى أَهْلِهَا وَالدُّعَاءِ لَـهُمْ وَالتَّرَحُّمِ عَلَيْهِمْ Dan di dalam hadith ini terdapat dalil sunatnya menziarahi perkuburan Muslimin, dan memberi salam kepada penduduknya dan berdoa buat mereka, serta merahmati/memohon rahmat buat mereka.”
Rasulullah ﷺ Sering Keluar ke Perkuburan Baqi’ dan Mendoakan Mereka Yang Dikebumikan Di Sana Imam al-Nawawi menyebut di dalam Sharh Sahih Mu...
Read More
Doa Yang Diajarkan Rasulullah ﷺ Kepada Abu Bakr ra Untuk Dibaca Di Dalam Solat *Nota: Hadith ini diriwayatkan secara mutlak tanpa penentuan khusus di mana tempat doa ini patut dibaca di dalam solat. Al-Imam Ibn Daqiq al-‘Id (702H) berkata: Dan berkemungkinan (tempat) yang paling utama (untuk doa ini dibaca di dalam solat) adalah pada salah satu tempat sama ada di dalam sujud atau tashahhud (akhir) kerana Baginda ﷺ ada memerintahkan untuk berdoa di kedua-dua tempat ini (di dalam hadith-hadith yang lain). Dan al-Imam al-Bukhari (256H) telah memberi isyarat di dalam Sahihnya bahawa doa ini dibaca selepas Tashahhud akhir dan sebelum salam kerana beliau meletakkan hadith ini di bawah tajuk: “Bab Doa Sebelum Salam.”
Doa Yang Diajarkan Rasulullah ﷺ Kepada Abu Bakr ra Untuk Dibaca Di Dalam Solat *Nota: Hadith ini diriwayatkan secara mutlak tanpa penentuan ...
Read More
Solat Yang Paling Afdal adalah Solat Yang Panjang Qiyamnya *Hadith ini juga merupakan salah satu dalil bagi mazhab Shafie yang berpandangan bahawa memanjangkan qiyam adalah lebih afdal daripada memanjangkan sujud. Selain daripada itu, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa zikir ketika qiyam adalah bacaan al-Qur’an dan zikir ketika sujud adalah tasbih, maka bacaan al-Qu’ran adalah lebih afdal. Tambahan pula, Rasulullah ﷺ dinukilkan memanjangkan qiyam lebih banyak berbanding nukilan tentang Baginda ﷺ memanjangkan sujud.
Solat Yang Paling Afdal adalah Solat Yang Panjang Qiyamnya *Hadith ini juga merupakan salah satu dalil bagi mazhab Shafie yang berpandangan ...
Read More
Sujud: Keadaan Seorang Hamba Paling Dekat Dengan Rahmat Allah dan KurniaanNya *“Maknanya: sedekat-dekat seorang (hamba) dengan rahmat Tuhannya dan kurniaanNya (adalah ketika bersujud). Dan di dalam hadith ini terdapat galakan untuk memperbanyakkan doa di dalam sujud. Dan padanya juga terdapat dalil bagi mereka yang menyatakan bahawa sujud lebih afdal daripada qiyam dan seluruh rukun solat yang lain.” Di antara ulama’ yang berpandangan memanjangkan sujud adalah lebih baik daripada memanjangkan qiyam adalah Saidina ‘Abdullah Bin ‘Umar r.anhuma. Mazhab Shafie berpandangan memanjangkan qiyam lebih utama daripada memanjangkan sujud.
Sujud: Keadaan Seorang Hamba Paling Dekat Dengan Rahmat Allah dan KurniaanNya *“Maknanya: sedekat-dekat seorang (hamba) dengan rahmat Tuhann...
Read More
Kepentingan Zikrullah Selepas Subuh dan Selepas Asar
Kepentingan Zikrullah Selepas Subuh dan Selepas Asar (Feed generated with FetchRSS ) source https://www.facebook.com/1499687470298765_...
Read More
Kegembiraan Rasulullah ﷺ Dengan Ganjaran Yang Diberikan kepada Umat Baginda ﷺ Yang Berselawat ke atas Baginda ﷺ
Kegembiraan Rasulullah ﷺ Dengan Ganjaran Yang Diberikan kepada Umat Baginda ﷺ Yang Berselawat ke atas Baginda ﷺ (Feed generated with Fet...
Read More
Mazhab-mazhab ASWJ dan Ahli Bid’ah Berkenaan Mutashabihat Secara umumnya terdapat empat pendekatan dalam berinteraksi dengan nas-nas Mutashabihat. Dua daripadanya adalah manhaj Ahli Sunnah dan Jama’ah iaitu (i) Tafwid dan (ii) Takwil. Dua yang lain pula adalah manhaj golongan Ahli Bid’ah iaitu (iii) Ithbat: menetapkan mazkna zahir dan (iv) Ta’til: menafikan adanya makna yang sesuai bagi nas tersebut. Mereka yang kurang mahir dan teliti di dalam permasalahan ini biasanya tidak dapat membezakan di antara manhaj Tafwid (ASWJ) dan manhaj Ithbat makna zahir (ahli bid’ah); dan di antara manhaj Takwil (ASWJ) dan manhaj Ta’til (ahli bid’ah).
Mazhab-mazhab ASWJ dan Ahli Bid’ah Berkenaan Mutashabihat Secara umumnya terdapat empat pendekatan dalam berinteraksi dengan nas-nas Mutasha...
Read More
Pesanan Rasulullah ﷺ : Berhati-hatilah dengan Golongan Yang Mengikut (Makna Zahir) Nas-nas Mutashabihat *Dan Rasulullah ﷺ pula berpesan kepada isteri Baginda – Saidatina ʿĀʾishah r.anha agar berhati-hati dengan golongan yang gemar mengikut makna zahir ayat mutashabihat dan menjadikannya asas aqidah mereka dengan bersabda: فَإِذَا رَأَيْتِ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ، فَأُولَئِكَ الَّذِينَ سَمَّى اللهُ فَاحْذَرُوهُمْ “Apabila engkau melihat orang-orang yang mengikut apa yang Mutashabihat (nas-nas yang samar/ kabur maknanya) daripada al-Qur’an, mereka itulah orang-orang yang dinamakan/ diterangkan oleh Allah (di dalam al-Quran), maka berhati-hatilah dengan mereka.” (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 4574 [Lafaz di atas]; (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2667 dan lain-lain.
Pesanan Rasulullah ﷺ : Berhati-hatilah dengan Golongan Yang Mengikut (Makna Zahir) Nas-nas Mutashabihat *Dan Rasulullah ﷺ pula berpesan kepa...
Read More
Mengapakah Ahli Bid’ah Khususnya Golongan Mujassimah dan Mushabbihah Gemar Menjadikan Nas Mutashabihat Sebagai Usul Aqidah Mereka? Ini adalah kerana nas-nas muhkamat tidak boleh difahami melainkan dengan satu makna sahaja; sedangkan nas-nas mutashabihat mengandungi pelbagai makna dan salah satu daripada makna-makna tersebut sesuai dengan penyakit zaygh yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka. Oleh kerana itu golongan ahli bid’ah gemar menjadikan nas-nas mutashabihat sebagai Usul Aqidah mereka.
Mengapakah Ahli Bid’ah Khususnya Golongan Mujassimah dan Mushabbihah Gemar Menjadikan Nas Mutashabihat Sebagai Usul Aqidah Mereka? Ini adala...
Read More
Sepuluh Ayat Dari Surah al-Baqarah Yang Menghalang Syaitan Daripada Memasuki Rumah pada Waktu Malam
Sepuluh Ayat Dari Surah al-Baqarah Yang Menghalang Syaitan Daripada Memasuki Rumah pada Waktu Malam (Feed generated with FetchRSS ) so...
Read More
Orang Yang Melafazkan Kalimah Tauhid dan Zikir Tahlil Dengan Ikhlas adalah Orang Yang Paling Bahagia Dengan Syafaat Rasulullah ﷺ Sebahagian petikan dari: 40 Hadith Kelebihan Zikir Tahlil dan Kalimah Tauhid
Orang Yang Melafazkan Kalimah Tauhid dan Zikir Tahlil Dengan Ikhlas adalah Orang Yang Paling Bahagia Dengan Syafaat Rasulullah ﷺ Sebahagian ...
Read More
Subscribe to:
Posts (Atom)