Qarīn daripada Kalangan Jin bagi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Memeluk Agama Islam dan Tidak Menyuruh Baginda صَلَّ...

Qarīn daripada Kalangan Jin bagi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Memeluk Agama Islam dan Tidak Menyuruh Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Melainkan dengan Kebaikan

<<<<< >>>>>

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ ، قَالُوا: وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللهَ؟، قَالَ: وَإِيَّايَ إِلَّا أَنَّ اللهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ، فَأَسْلَمَ فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ

Daripada ʿAbdullāh Ibnu Masʿūd رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Tiada seorang pun daripada kalangan kalian melainkan telah diwakilkan untuk dirinya qarīnnya daripada kalangan jin.”

Para sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ berkata:

“Dan termasuk Tuan juga, wahai Rasulullah?.”

Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Dan termasuk diriku juga, melainkan sesungguhnya Allah عَزَّ وَجَلَّ telah membantu diriku ke atasnya, lalu ia telah memeluk Islam, dan ia tidak akan menyuruh diriku melainkan dengan kebaikan.”

T: (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2816 [Lafaz di atas]; (al-Dārimī (255H): Sunan al-Dārimī), No. 2734; (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 3640, 3770, 3792 & 4378 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

Nota:

*Di dalam riwayat al-Imām al-Dārimī, al-Imām Aḥmad dan lain-lain, matan hadisnya menunjukkan bahawa setiap orang memiliki qarīn daripada kalangan jin dan qarīn daripada kalangan malaikat. Lafaznya berbunyi:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَمَعَهُ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ، وَقَرِينُهُ مِنَ الْمَلَائِكَةِ

“Tiada seorang pun daripada kalangan kalian melainkan bersamanya qarīnnya daripada kalangan jin dan qarīnnya daripada kalangan malaikat.”

Hadis ini adalah sebahagian dari dalil bagi “kemaksuman” Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, iaitu Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ terpelihara dari sebarang dosa sejak kecil lagi, sama ada dosa kecil atau besar, dosa zahir atau batin.

صَـلَّى اللهُ عَلَيـْهِ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَـلَّمَ

“Semoga Allah melimpahkan rahmat bersama penghormatan dan kesejahteraaan ke atas Baginda, keluarga Baginda dan para sahabat Baginda”

PENUNTUT ILMU – Mengenal Fadāʾil dan Khaṣāʾiṣ Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1038640241381160

0 Comment "Qarīn daripada Kalangan Jin bagi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Memeluk Agama Islam dan Tidak Menyuruh Baginda صَلَّ..."

Post a Comment

Thank you for your comments