Al-Imām al-Ḥāfiz Shams al-Dīn Ibnu Nāṣir al-Dīn al-Dimashqī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.842H):

Al-Imām al-Ḥāfiz Shams al-Dīn Ibnu Nāṣir al-Dīn al-Dimashqī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.842H):

Abu Lahab – Seorang Musuh Islam – Yang Pernah Gembira dengan Kelahiran Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Juga Mendapat Manfaat, Apatah lagi Seorang Muslim Yang Gembira dan Bersyukur dengan Kelahiran Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ?

<<<<< >>>>>

Al-Imām al-Ḥāfiz Shams al-Dīn Ibnu Nāṣir al-Dīn al-Dimashqī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.842H) - salah seorang ulama’ hadis terkenal di Damsyik, Syam (Syria) pada zamannya.

Beliau menjadi “Al-Shaykh” di Dār al-Ḥadīth al-Ashrafiyyah pada tahun 837 Hijrah.

Beliau menyebut di dalam kitabnya “Mawrid al-Ṣādī fī Mawlid al-Hādī” (مورد الصادي في مولد الهادي) – sebuah kitab berkenaan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

قَدْ صَحَّ أَنَّ أَبَا لَهـَبٍ يُخَفَّفُ عَنْهُ عَذَابُ النَّارِ فِي مِثْلِ يَوْمِ الْاِثْنَيْنِ لِإِعْتَاقِهِ ثُوَيْبَةَ سُرُورًا بِمِيلَادِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Telah sahih [riwayat] bahawa sesungguhnya Abu Lahab diringankan ke atasnya azab neraka pada setiap hari Isnin kerana dia pernah membebaskan Thuwaybah lantaran gembira dengan kelahiran Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.”

Kemudian beliau melantunkan syair berikut:

إِذَا كَانَ هٰذَا كَافِرٌ جَاءَ ذَمُّهُ

وَتَبَّتْ يَدَاهُ فِي الْجـَحِيمِ مُخَلَّدَا

“Sekiranya si kafir ini (Abu Lahab) yang datang kejian ke atasnya * dan kebinasaan bagi kedua-dua tangannya lagi kekal di neraka;”

أَتَى أَنَّهُ فِي يَوْمِ الْاِثْنَيْنِ دَائِمًـا

يُخَفَّفُ عَنْهُ لِلسُّرُورِ بِأَحْمَدَا

“Telah datang khabar bahawa dia pada setiap hari Isnin selamanya * diringankan azabnya kerana kegembiraannya dengan [kelahiran] Aḥmad (Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ);”

فَمَا الظًّنُّ بِالْعَبْدِ الَّذِي طُولَ عُمْرِهِ

بِأَحْمَدَ مَسْرُورًا وَمَاتَ مُوَحِّدَا

“Maka apakah sangkaanmu terhadap seorang hamba yang sepanjang umurnya صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bergembira dengan [kelahiran/ kedatangan] Aḥmad (Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) dan mati sebagai seorang yang mentauhidkan Allah? [pastinya lebih besar ganjarannya di sisi Allah].”

Nota:

Sebahagian pihak menyatakan bahawa riwayat ini bertentangan dengan prinsip asas agama bahawa orang kafir (yang mati dalam kekufuran) tidak akan dibalas kebaikannya di alam Akhirat [dan alam kubur adalah alam Akhirat kecil].

Namun begitu, al-Shaykh Muḥammad Ibrāhīm ʿAbd al-Bāʿith al-Kittānī menyatakan ini adalah khuṣūṣiyyah Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan ia membuktikan kemuliaan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang luar biasa di sisi Allah.

Sebahagian pula berpandangan bahawa keistimewaan layanan ini hanya diberikan kepada Abu Lahab di alam barzakh [iaitu sebelum alam Akhirat sebenar].

Allah Maha Mengetahui dan Ilmu-Nya Maha Sempurna.

PENUNTUT ILMU - Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1034183438493507

0 Comment "Al-Imām al-Ḥāfiz Shams al-Dīn Ibnu Nāṣir al-Dīn al-Dimashqī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.842H):"

Post a Comment

Thank you for your comments