Sebahagian Umat Islam akan Mengikut Jalan [Hidup] Yahudi dan Nasrani Walaupun Dalam Perkara-Perkara Yang Kecil dan Remeh

Sebahagian Umat Islam akan Mengikut Jalan [Hidup] Yahudi dan Nasrani Walaupun Dalam Perkara-Perkara Yang Kecil dan Remeh

<<<<< >>>>>

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخـُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

(( لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ ))، قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ، الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ: (( فَمَنْ؟ ))

Daripada Abū Saʿīd al-Khudrī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“[Sebahagian daripada] kamu (umatku) pasti akan ada yang mengikut jalan [hidup] golongan [sesat] yang terdahulu daripada kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah sekiranya mereka memasuki lubang dhab sekalipun, pasti [sebahagian daripada] kamu akan mengikut mereka.”

Kami berkata: “Wahai Rasulullah, [adakah jalan] golongan Yahudi dan Nasrani [yang Tuan maksudkan]?.”

Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab: “Siapakah lagi [selain mereka yang aku maksudkan]?, [tentulah mereka].”

T: (al-Bukhārī (256H): Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 3456 & 7320 [Lafaz di atas]; (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2671; (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 11391, 11433 & 11487; (Ibn Ḥibbān (354H): Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 6858 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

Nota:

Hadis ini juga memberi isyarat kepada fitnah Tasbih dan Tajsim yang akan melanda umat ini.

Di antara jalan hidup dan kepercayaan yang utama di kalangan golongan Yahudi dan Nasrani ialah iktikad Tashbih dan Tajsim. Yahudi dan Nasrani sememangnya mengiktikadkan tuhan mereka seperti seorang manusia, bertempat di langit dan duduk di singgasana, mempunyai anggota tubuh seperti muka, tangan, kaki, mata, jari-jemari, tulang kering, betis dan lain-lain.

Fahaman Tashbih dan Tajsim yang merebak ke dalam sebahagian umat Islam sejak dulu sehingga kini berpunca daripada Yahudi dan Nasrani serta golongan Mujassimah dan Mushabbihah seperti Karrāmiyyah (para pengikut Muḥammad bin Karrām al-Sijistānī yang menyebabkan fitnah Tajsim melanda mazhab Hanbali.

PENUNTUT ILMU

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1012154130696438

0 Comment "Sebahagian Umat Islam akan Mengikut Jalan [Hidup] Yahudi dan Nasrani Walaupun Dalam Perkara-Perkara Yang Kecil dan Remeh"

Post a Comment

Thank you for your comments