Al-Fatāwā al-Hindiyyah/ Fatāwā Alamgiri (al-Ḥanafiyyah):

Al-Fatāwā al-Hindiyyah/ Fatāwā Alamgiri (al-Ḥanafiyyah):

Seseorang Yang *Menetapkan Tempat* (مكان) Bagi Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى Telah *Jatuh Kufur*

<<<<< >>>>>>

Al-Fatāwā al-Hindiyyah atau Fatāwā Alamgiri adalah fatwa-fatwa yang disusun oleh para ulama’ fiqh dari India, Pakistan, Hijaz dan Iraq yang diketuai oleh al-Shaykh Niẓām al-Dīn al-Balkhī dengan perintah Sultan Abū al-Muẓaffar Muḥammad Aurangzeb – seorang Sultan yang alim, mujahid dan Sufi.

Ia adalah fatwa yang berlandaskan Mazhab Ḥanafī.

Ia boleh dianggap sebagai salah satu kompilasi fatwa yang terpenting di dalam mazhab Ḥanafī dan Fiqh Islam. Ia dihimpunkan pada akhir kurun ke-17 Masihi melibatkan 500 orang para ulama’.

Di dalam “al-Fatāwā al-Hindiyyah”, para ulama’nya menyebut (2/259) [“Bab Ke-9 berkenaan Hukum-hukum Orang Murtad (الباب التاسع في أحكام المرتدين): Maṭlab berkenaan Perkara-perkara yang Mewajibkan Kekufuran, Beberapa Jenis daripadanya Berkaitan dengan Iman dan Islam (مطلب في موجبات الكفر أنواع منها ما يتعلق بالإيمان والإسلام)]:

يَكْفُرُ بِإِثْبَاتِ الْمـَكَانِ ِللهِ تَعَالَى .... وَلَوْ قَالَ: ( اَللهُ تَعَالَى فِي السَّمَاءِ )، فَإِنْ قَصَدَ بِهِ حِكَايَةَ مَا جَاءَ فِيهِ ظَاهِرُ الْأَخْبَارِ لَا يَكْفُرُ، وَإِنْ أَرَادَ بِهِ الْمـَكَانَ يَكْفُرُ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ نِيَّةٌ يَكْفُرُ عِنْدَ الْأَكْثَرِ، وَهُوَ الْأَصَحُّ وَعَلَيْهِ الْفَتْوَى.

“Seseorang itu *jatuh kufur* dengan *menetapkan tempat* bagi Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى.

Dan jika dia berkata: “Allah Ta’ālā fī al-samā’” (makna literal: “di langit”): sekiranya dia bermaksud untuk *meriwayatkan apa yang datang pada zahir khabar* (lafaz nas Syariat), maka *tidak jatuh kufur.*

Dan sekiranya dia *mengkehendaki dengan lafaz tersebut “tempat”* [bagi Allah], maka dia telah *jatuh kufur.*

Dan sekiranya dia *tidak mempunyai apa-apa niat* [dengan lafaz tersebut], maka dia telah* jatuh kufur [juga] di sisi majoriti para ulama’,* dan ini adalah pendapat yang paling sahih, dan fatwa [dikeluarkan] di atas pandangan ini.”

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1007708227807695

0 Comment "Al-Fatāwā al-Hindiyyah/ Fatāwā Alamgiri (al-Ḥanafiyyah):"

Post a Comment

Thank you for your comments