Photos from Penuntut Ilmu's post

1. Imam al-Nawawi (676H): Sunat Memberi Salam, Membaca al-Qur’an dan Berdoa Bagi Seseorang Yang Menziarahi Kubur Para Muslimin 2. Al-Imam al-Shafie dan Para Ashab al-Wujuh (Mujtahid Mazhab Shafie) Menyatakan Sunat Untuk Berdoa dan Beristighfar Buat Si Mati, serta Membaca dan Mengkhatamkan al-Qur’an Di Sisi Kubur Si Mati Selepas Pengebumiannya *Pandangan muktamad mazhab Shafie: Sunat baca al-Quran di sisi kubur Muslim: (i) selepas pengebumian dan (ii) semasa ziarah. Ini dinyatakan dengan jelas oleh tokoh-tokoh utama mazhab Shafie di dalam kitab-kitab utama mazhab Shafie. Namun begitu, adalah amat sadis apabila ada pihak yang mengeluarkan fatwa membid'ahkan atau menyesatkan pandangan muktamad mazhab Shafi'i ini, di bumi Malaysia yang umat Islamnya berpegang dan beramal dengan mazhab Shafie. Apakah agaknya hukum dan kedudukan golongan yang membid'ahkan atau menyesatkan pandangan muktamad mazhab muktabar seperti mazhab Shafie?! Wallahu a'lam wahuwal musta'an.





(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765_2565471113720390

0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"

Post a Comment

Thank you for your comments