Tasbīḥ Bersama Taḥmīd dengan Empat Kalimah Yang Menggandakan Pahalanya: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Mengajarnya k...

Tasbīḥ Bersama Taḥmīd dengan Empat Kalimah Yang Menggandakan Pahalanya: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Mengajarnya kepada Isteri Baginda Saidatina Juwairiyah رَضِيَ اللهُ عَنْهَا

<<<<< >>>>>

عَنْ جُوَيْرِيَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنْ عِنْدِهَا بُكْرَةً حِينَ صَلَّى الصُّبْحَ وَهِيَ فِي مَسْجِدِهَا، ثُمَّ رَجَعَ بَعْدَ أَنْ أَضْحَى وَهِيَ جَالِسَةٌ، فَقَالَ: (( مَا زِلْتِ عَلَى الْحـَالِ الَّتِي فَارَقْتُكِ عَلَيْهَا؟ ))، قَالَتْ: نَعَمْ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( لَقَدْ قُلْتُ بَعْدَكِ أَرْبَعَ كَلِمَاتٍ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَوْ وُزِنَتْ بِمَا قُلْتِ مُنْذُ الْيَوْمِ لَوَزَنَتْهُنَّ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا (/وَرِضَاءَ) نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ ))

Daripada Ummu al-Muʾminīn Saidatina Juwairiyah binti al-Ḥārith رَضِيَ اللهُ عَنْهَا, beliau meriwayatkan bahawa:

Sesungguhnya Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah keluar dari sisinya pada waktu pagi setelah melakukan solat Subuh dan pada ketika itu beliau sedang berada di masjid (tempat solat/ beribadah di dalam) rumahnya. Kemudian Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pulang ke rumahnya ketika waktu duha dan beliau masih duduk [beribadah] di dalam rumahnya.

Maka Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bertanya: “Engkau masih berada di dalam keadaan [beribadah] sejak aku keluar tadi?.”

Beliau menjawab: “Ya.”

Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun bersabda:

“Sesungguhnya aku telah menyebut empat (4) kalimah sebanyak tiga kali selepas keluar dari sisimu sebentar tadi; jika ia ditimbang dengan apa yang telah engkau sebutkan [dari zikrullah] sejak hari ini, maka ia adalah lebih berat [ganjarannya], iaitu:

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا (/وَرِضَاءَ) نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

“Maha Suci Allah, bersama pujian buat-Nya, sebanyak bilangan makhluk ciptaan-Nya, sehingga mencapai keredaan-Nya, seberat arash-Nya dan sebanyak kalimah-kalimah-Nya.”

T: (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2729 [Lafaz di atas]; (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 3555 dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ); (al-Nasāʿī (303H): al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan), No. 1352 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

PENUNTUT ILMU - Lafaz-lafaz Zikrullah dengan Ganjaran Yang Istimewa

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/967187615193090

0 Comment "Tasbīḥ Bersama Taḥmīd dengan Empat Kalimah Yang Menggandakan Pahalanya: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Mengajarnya k..."

Post a Comment

Thank you for your comments