Ulasan Hadith Jariyah Yang Menunjukkan Seolah-olah Allah Taala di Langit Telah Dijawab Ulama'




Dari Group Telegram MSO

Soalan:

Tolong Ustaz jelaskan hadith di atas:

Jawapan Ustaz محمد حافظ سوروني:

1. Hadis ini terkenal disebut: hadis jariyah (hamba perempuan). HR Muslim, Abu Dawud, an-Nasa’i, Ahmad, Ibn Hibban, Malik (dengan kesilapan pd nama perawi sahabat) dan lain-lain drp Mu‘awiyah bin al-Hakam RA.

2. Riwayat ini adalah khabar Ahad (di sini hanya riwayat seorg sahabat shj), dan ia tidak dapat menyabitkan usul akidah. Ia bukan kebiasaan apa yang diajarkan oleh Nabi SAW kpd para sahabatnya. Sebab itu riwayatnya Ahad (sedikit), jauh sekali utk menjadi mutawtir drp para sahabat RA. Tambahan pula ia hanya jawapan drp seorang hamba perempuan, bukannya daripada mulut mulia baginda Nabi SAW. Maka, ini sahaja sudah menimbulkan pertanyaan, walaupun mendapat taqrir drp Nabi SAW.

3. Maka ketahuilah, bukan adat seruan Nabi SAW mnyebut2; ‘Allah di langit’ dlm setiap masa dan ketika hingga ia mnjadi usul akidah yg utama. Konteks bicara hadis tsb seperti khusus kepada golongan para hamba yang tidak perlu kpd penjelasan yang mungkin lambat utk difahami. Dalam setengah riwayat, ia hanya menunjuk dengan isyarat ke langit. Ini dibuktikan bhw soalan yang sama tidak ditujukan kepada mana2 orang kafir Qurasiy atau mana2 orang merdeka yg lain. Namun, ada riwayat2 lain yang lbh jelas selari dgn usul akidah Islam. Dalam riwayat Abu Dawud dan lain-lain dgn sanad hasan drp as-Syarid RA pertanyaannya adalah: “Siapa Tuhan kamu? Jawabnya: Allah.”
"من ربُّكِ؟ " قالت: الله،
Dalam riwayat Ahmad dan lain-lain drp seorang sahabat Ansar RA pertanyaannya adalah: “Apakah kamu bersaksi bhw tiada Tuhan melainkan Allah? Jawabnya: Ya.”
"أتشهدين أن لا إله إلا الله" قالت: نعم،
Kata al-Haithami: “Para perawinya adalah para perawi as-Sahih”.

4. Kebanyakan imam2 hadis yang meriwayatkan hadis tsb tidak menetapkannya dlm bab akidah Allah di langit. Sebaliknya mrk meletakkannya dalam bab pengakuan dua kalimah syahadah atau memerdekakan hamba. Menurut ulama ASWJ spt Imam an-Nawawi dll, jawapan: “Di langit” itu bukan seperti zahirnya, maka ia perlu ditafwidh atau pun ditakwil bhw maksudnya kedudukan tinggi yang layak bagi Allah SWT. Pengertian as-sama’ (langit) dari sudut bahasa juga berasal daripada makna ketinggian (السُّموُّ : العُلوُّ). Bahkan, golongan musyabbihah dan mujassimah yang berpegang pada zahir juga turut mentakwilnya bhw ia bermaksud duduk di atas ‘Arasy yang terletak di atas langit.

5. Kemungkinan lafaz; “Di langit” itu isyarat kpd; tingginya kedudukan zat Allah yang ghaib. Ini amat berkait dgn dakwah Nabi SAW pada masa itu dalam usaha menyeru kaum musyrikin drp penyembahan berhala kpd penyembahan Allah SWT yang ghaib yang tidak dpt mereka lihat dengan mata kepala mrk, tetapi perlu diyakini wujud-Nya. Ini kerana makhluk2 Allah juga banyak yang di langit dan ghaib drp pandangan mata, spt para malaikat di langit, semua bintang dan cakerawala di langit, rezeki d langit, Nabi2 d langit, ‘Arasy di langit, Lauh Mahfuz d langit... dsb yg semuanya terletak "di langit".

6. Imam al-Kawthari dlm Takmilah al-Radd 'ala Nuniyyah Ibn al-Qayyim berpendapat hadis Mu‘awiyah bin al-Hakam RA adalah mudhtarib (celaru) sanad dan matannya. al-‘Allamah ‘Abdullah al-Ghumari dlm al-Fawa’id al-Maqsudah berpendapat bhw hadis Mu‘awiyah bin al-Hakam RA adalah syaz (ganjil) krn bercanggah dgn hal yang sudah maklum dlm dakwah Nabi SAW, serta bercanggah dgn hadis as-Syarid RA dan hadis sahabat Ansar RA di atas.

7. Kedudukan Allah 'di atas' ni tidak boleh kita faham bulat2 secara zahirnya yang menunjukkan arah dan jarak. ia adalah ungkapan yg berbentuk nisbi (relatif) shj. sptmn kita berpendapat kutub utara adalah di atas dan kutub selatan adalah di bawah, padahal hakikatnya secara realiti sains, tiada arah atas atau bawah yg boleh kita tentukan secara pasti kerana bentuk sfera bumi, sistem solar & galaksi kita .. sebab itu fahaman tafwidh adalah lbh selamat..

Wallahu a‘lam.

Juga ada ulas di dalam blog, saling lengkap-melengkapi insya Allah:
http://sawanih.blogspot.my/2009/08/allah-di-mana-di-atas-atau-di-semua.html

Klik link ini untuk join channel Q&A Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Ulasan Hadith Jariyah Yang Menunjukkan Seolah-olah Allah Taala di Langit Telah Dijawab Ulama'"

Post a Comment

Thank you for your comments