Kisah Sa’labah, Sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang Tidak Membayar Zakat Benarkah Palsu?




Dari group telegram MSO-D1 - Bicara Hadith

Ia merupakan sebuah kisah yang masyhur yang telah diriwayatkan oleh at-Tabari dlm Tafsirnya, at-Tabarani dlm al-Kabir, al-Wahidi dlm Asbab an-Nuzul, Ibn al-Athir dlm Usdu al-Ghabah, al-Baghawi dlm Tafsirnya, Abu Nu’aim dlm Ma’rifah as-Sahabah, Ibn ‘Abdil Barr dlm al-Isti’ab, Ibn Mandah, al-Hasan bin Sufyan, Ibn al-Munzir, Ibn Abi Hatim, Abu as-Syeikh, al-‘Askari dlm al-Amthal, Ibn Marduyah, al-Barudi, Ibn Qani’, Ibn as-Sakan, Ibn Syahin, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan Ibn ‘Asakir. Kesemuanya meriwayatkan daripada riwayat Abu Umamah RA. Terdapat satu jalur riwayat lain yang menyokong riwayat ini daripada Ibn ‘Abbas RA, sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Marduyah dlm Tafsirnya. (lihat: al-Isabah oleh al-Hafiz Ibn Hajar)

(Ada tiga pendapat ulama mengenai status kisah ini, iaitu:

1. Ulama yang menyatakannya tidak palsu atau daif: al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Hafiz al-‘Iraqi dlm Takhrij al-Ihya’, Al-Hafiz as-Suyuti dlm ad-Durr al-Manthur dll, al-‘Allamah al-Futtani dlm Tazkirah al-Maudhu’at, Imam az-Zabidi dlm Ithaf as-Sadah serta kebanyakan para mufassirin (ulama tafsir), termasuk Imam al-Wahidi dlm al-Wajiz, Imam Ibn al-‘Arabi dlm Ahkam al-Quran, al-Hafiz Ibn Kathir, Imam al-Alusi dan lain-lain yang menyatakannya sebagai sebab turunnya ayat 75 surah at-Taubah. Bahkan, Ibn Kathir menyebutkan ia termasuk pendapat Ibn ‘Abbas RA, sahabat mufassir yang terkenal dan al-Hasan al-Basri RA, tabii masyhur.

2. Antara ulama yang menyatakannya sangat daif: al-Hafiz al-Haithami dlm Majma’ az-Zawa’id, al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah dll, Imam Ibn Hajar al-Makki al-Haitami dlm al-Fatawa al-Hadithiyyah dan al-‘Allamah al-Munawi dlm al-Fath as-Samawi.

3. Antara ulama yang menyatakannya palsu: Imam Ibn Hazm dlm kitab al-Muhalla.
Ulama yang menyatakan kisah ini tidak palsu menyebutkan terdapat dua orang Tha’labah, iaitu Tha’labah bin Hatib, seorang sahabat Badar yang meninggal dunia di Uhud dan seorang lagi Tha’labah bin Hatib/Abi Hatib, seorang munafik yang meninggal dunia di zaman Khalifah ‘Uthman RA. Ibn Ishaq menyebut, dia termasuk orang yang membina Masjid ad-Dhirar (masjid orang munafik). Kata al-Hafiz Ibn Hajar dlm al-Isabah: “Saya telah pasti kedua-duanya berbeza berdasarkan pendapat Ibn al-Kalbi bahawa sahabat Badar tersebut telah syahid di Uhud”. (lihat: Ithaf as-Sadah oleh az-Zabidi)

Oleh Dr.Khafidz Soroni

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g

0 Comment "Kisah Sa’labah, Sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang Tidak Membayar Zakat Benarkah Palsu?"

Post a Comment

Thank you for your comments