Pahala Bagi Setiap Satu Langkah Bagi Orang Yang Berwuduk Di Rumahnya Dan Pergi Ke Masjid Bagi Menunaikan Solat Fardu

Pahala Bagi Setiap Satu Langkah Bagi Orang Yang Berwuduk Di Rumahnya Dan Pergi Ke Masjid Bagi Menunaikan Solat Fardu

<<<<< >>>>>

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

(( مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللهِ، كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً، وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً ))

Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Barang siapa yang bersuci (berwuduk) di rumahnya, kemudian dia berjalan menuju ke sebuah rumah (masjid) dari rumah-rumah Allah bagi menunaikan satu kefarduan [solat] dari kefarduan-kefarduan [solat yang diperintahkan] Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, [maka] langkah-langkahnya itu: salah satunya menghapuskan satu kesalahan dan [Langkah] yang lain pula mengangkat satu darjat.”

T: (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 669 [Lafaz di atas]; (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 603; (Ibn Mājah (273H): Sunan Ibn Mājah), No. 281 & 774; (Ibn Khuzaymah (311H): Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 1422; (Ibn Ḥibbān (354H): Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 2044 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

Nota:

Hadith ini memberi penekanan dan menganjurkan agar seorang Muslim yang ingin pergi melaksanakan solat fardu di masjid atau surau hendaklah mengambil wuduk di rumahnya atau tempat tinggalnya terlebih dahulu. Maka dengan ini, dia pergi menuju ke masjid atau surau dalam keadaan suci dari hadas.

Hadas (hadath) ialah “hal keadaan maknawi yang ada pada tubuh insan pada pandangan Syarak yang menghalangnya dari mengerjakan solat.”

Bagi para muqarrabīn, hadas dilihat sebagai “hijab” di antara dirinya dan Allah.

Oleh kerana itu mereka sentiasa memelihara wuduk dan sentiasa bersegera memperbaharui wuduk apabila terbatal kerana mereka “tidak mampu” untuk berada dalam keadaan “terhijab” dalam masa yang pendek atau panjang.

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/955296973048821

0 Comment "Pahala Bagi Setiap Satu Langkah Bagi Orang Yang Berwuduk Di Rumahnya Dan Pergi Ke Masjid Bagi Menunaikan Solat Fardu"

Post a Comment

Thank you for your comments