Paha adalah Aurat Nasihat: Jauhi sebahagian golongan yang cuba membawa pandangan bahawa paha bukanlah daripada aurat. Mereka be...

Paha adalah Aurat

Nasihat: Jauhi sebahagian golongan yang cuba membawa pandangan bahawa paha bukanlah daripada aurat. Mereka berhujah dengan

(i) riwayat ʿAʿishah RA berkenaan kisah Rasulullah ﷺ bersama Abu Bakr RA dan ʿUmar RA (Muslim) dan

(ii) riwayat Anas RA berkenaan Rasulullah ﷺ di dalam perang Khaybar (Bukhari dan Muslim).

Berkenaan riwayat ʿAʾishah RA, para ulama’ menyatakan bahawa padanya syak tentang bahagian manakah yang terbuka dari tubuh Rasulullah ﷺ: (عن فخذيه، أو ساقيه)?, maka ia tidak boleh menjadi hujah.

Bagi riwayat Anas RA pula, para ulama’ menyatakan bahawa pakaian Rasulullah ﷺ tersingkap ketika itu dan bukannya sengaja dibuka.

Ambillah kefahaman hadith dari para ulama’ dan mazhab yang muktabar.



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765/posts/2716762541924579/

0 Comment "Paha adalah Aurat Nasihat: Jauhi sebahagian golongan yang cuba membawa pandangan bahawa paha bukanlah daripada aurat. Mereka be..."

Post a Comment

Thank you for your comments