Alhamdulillah, selesai hari pertama muzakarah yang melibatkan tiga topik utama: 1. Perbincangan...

Alhamdulillah, selesai hari pertama muzakarah yang melibatkan tiga topik utama: 1. Perbincangan berkenaan keharusan pihak Bank untuk membayar hutang tertunggak dari pelangannya dengan zakat berdasarkan asnaf gharimin (dengan syarat2nya yang ketat bagi mengelak moral hazard) 2. Pelarasan pengiraan zakat bagi institusi perbankan Islam 3. Pelarasan pengiraan zakat bagi institusi Takaful Dan Alhamdulillah, al-faqir sempat juga mencadangkan agar laporan kewangan Zakat dimasukkan sebagai salah satu "main financial statements" untuk institusi perbankan Islam dan Takaful. Amalan semasa perakaunan hanya menyediakan 4 "financial statements" dalam Laporan Tahunan iaitu: 1-Statement of Financial Position (dulu Balance Sheet) 2-Statemen of Profit or Loss (dulu Income Statement) 3-Statement of Cash Flow 4-Statement of Changes in Equity Elok jika dapat ditambah satu lagi financial statement (menjadi 5 kesemuanya) iaitu: 5-Statement of Zakat Distribution Zakat patut dilihat sebagai pengagihan kekayaan dan ibadah berbanding satu bentuk perbelanjaan syarikat. Pada waktu ini, Zakat hanya dicatat sebagai satu item kecil dalam Statement of Profit or Loss atau/dan Statement of Cash Flow, dan dalam banyak kes tanpa disediakan "Notes". Zakat adalah rukun Islam ke-3 dan rukun ekonomi Islam pertama. Wallahu a'lam wa 'ilmuhu atamm. Rizqun Hotel, Brunei

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765_2326584284275742

0 Comment "Alhamdulillah, selesai hari pertama muzakarah yang melibatkan tiga topik utama: 1. Perbincangan..."

Post a Comment

Thank you for your comments