Periwayatan Syiah



Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith

Soalan:

Assalamualaikum para asatizah sekaliah..umum di maklumi antra firqah yg sesat adlh Syiah..tetapi bagaimna para aimmah hadith semisal Muslim,Tirmizi,Nasaei,Ahmad,Ibn Majah,Ibn Hibban dll..meriwayatkan hadis drpd seorang syiah yg brnma 'Adiy bin Thabit...bagaimana aimmah hadith menilai seorg syiah...mohon penjelasan..

Jawapan Ustaz محمد حافظ سوروني

وعليكم السلام ورحمة الله

Syiah dlm takrif mutaqaddimin lbh kpd mencintai Saidina Ali RA dan mengutamakannya lebih daripada sahabat2 Nabi SAW yg lain. Di samping kecintaan kpd Ahlul Bait RA serta menyokong perjuangan mrk. Ia belum lagi mencakupi isu2 akidah dan fiqh yg berat spt mndakwa Saidina Ali RA adalah wasi sebenar, menolak dan tidak mengiktiraf khilafah Saidina Abu Bakr RA dan Saidina Umar RA, imam2 mereka maksum, ramai sahabat besar fasiq atau kafir, nikah mutaah, jamak solat dsb...

Istilah 'Syiah' ini perlu dibezakan pengertiannya menurut golongan mutaqaddimin dan golongan mutaakhirin. Mengatakan seseorg perawi sebagai Syiah dlm kata-kata ulama al-jarh wat taadil biasanya merujuk kpd pengertian Syiah di sisi mutaqaddimin itu.

Apa yg menjadi ukuran di sisi ulama hadis  dlm menilai sesuatu hadis ialah kethiqahan (keboleh percayaan) perawinya, walaupun ia dari kalangan ahli bidaah spt Syiah, Nawasib, Khawarij, Murji’ah, Qadariyah dsb. Fahaman bidaah seseorg perawi tsb tidak menjadi halangan utk diterima hadisnya, asalkan ia diketahui bersifat adil, benar, jujur dan amanah, tidak pernah berdusta. Misal yg diberikan, 'Adiy bin Thabit adalah seorg perawi yg thiqah dan memiliki ciri2 tsb, walaupun ia dikatakan berfahaman Syiah.

Berdasarkan takrif dan ukuran tsb, perawi2 Syiah atau dituduh Syiah yg terdapat di dlm Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim sahaja adalah seramai kira-kira 53 org.

Wallahu a'lam.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Periwayatan Syiah"

Post a Comment

Thank you for your comments