Imam al-Hafiz Amir al-Muʿminin fi al-Hadith Ibnu Hajar al-ʿAsqalani al-Shafiʿi al-Ashʿari: “Mengkhususkan Waktu Tertentu bagi ...

Imam al-Hafiz Amir al-Muʿminin fi al-Hadith Ibnu Hajar al-ʿAsqalani al-Shafiʿi al-Ashʿari:

“Mengkhususkan Waktu Tertentu bagi Suatu Amalan Soleh dan Dilakukan secara Berterusan adalah Harus”

Berdasarkan hadith dan kefahaman ini, maka mengkhususkan amalan bacaan Yasin secara berjemaah pada malam Jumaat atau malam Nisfu Sha’ban di antara Maghrib dan Isyak secara berjemaah di masjid atau surau adalah merupakan satu perkara yang harus.

Ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah ﷺ sendiri yang telah mengkhususkan hari Sabtu bagi amalan bersolat di Masjid Quba’. Apatah lagi bacaan surah Yasin sememangnya dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ pada waktu malam secara umum. Dan tambahan lagi, surah Yasin adalah sebahagian daripada al-Qu’ran yang merupakan sebaik-baik ibadah dan mempunyai banyak fadilat.

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/1499687470298765/posts/2810649845869181/

0 Comment "Imam al-Hafiz Amir al-Muʿminin fi al-Hadith Ibnu Hajar al-ʿAsqalani al-Shafiʿi al-Ashʿari: “Mengkhususkan Waktu Tertentu bagi ..."

Post a Comment

Thank you for your comments